Tawaran eksklusif untuk bantu rakyat Malaysia menyediakan persiapan Hari Raya dan rumah terbuka
KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Mac 2026 /PRNewswire/ — Hari Raya menjelang tiba, dan persiapan menghias rumah kini semakin rancak dilakukan. Dari susun-atur ruang tamu untuk rumah terbuka sehinggalah mengisi balang-balang kuih raya dan mengemas halaman rumah, seisi keluarga kini sibuk bersiap-sedia untuk menerima kunjungan orang tersayang sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bermakna.
Sejak memperkenalkan versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia pada tahun 2024, Taobao Malaysia telah menerima maklum-balas yang baik daripada pembeli tempatan, dengan pencapaian kadar pertumbuhan dua digit setiap bulan. Pengguna baharu daripada platform pelbagai bahasa kini merangkumi lebih daripada separuh jumlah keseluruhan pengguna baharu, sekali gus membuktikan kecenderungan rakyat Malaysia yang semakin meningkat terhadap pilihan mereka untuk membeli-belah dalam talian selain ia mudah untuk diakses.
Untuk menjadikan persiapan Hari Raya lebih mudah dan menyeronokkan, Taobao Malaysia melancarkan kempen Raya eksklusif, bermula 24 Februari hingga 20 Mac 2026. Direka dengan menggabungkan gaya, praktikaliti, dan mampu milik, kempen ini menawarkan solusi kediaman yang khusus serta tawaran perayaan yang menarik bagi membantu para pembeli menyediakan ruang yang ceria dan mesra untuk keluarga dan tetamu yang akan datang berkunjung.
"Hari Raya adalah masa di mana rumah-rumah menjadi meriah dengan gelak tawa, hidangan makanan yang lazat dan perjumpaan yang bermakna," kata Jess Lew, Country Head Taobao Malaysia. "Kami ingin menjadikan persiapan perayaan lebih mudah dan menyeronokkan, baik untuk menghias semula ruang tamu, menaik taraf kelengkapan dapur, mahu pun mencantikkan halaman rumah. Harapan kami adalah untuk membantu setiap rakyat Malaysia menyambut Hari Raya dengan selesa, riang, di samping dapat mengeratkan jalinan silaturahim."
Raikan Raya dengan Keperluan Kediaman yang Praktikal & Bergaya
Melalui kempen ini, pembeli boleh memilih daripada pelbagai rangkaian pilihan keperluan rumah yang direka untuk memudahkan sambutan perayaan:
- Bekas simpanan makanan – untuk menyusun juadah & kuih Raya
- Lampu meja moden – menghasilkan suasana malam yang indah untuk berkumpul bersama tetamu
- Meja mudah alih – fleksibel untuk melayan tetamu
- Kelengkapan dapur – memudahkan penyediaan hidangan
- Almari boleh lipat untuk kanak-kanak – memastikan bilik tetamu kemas dan ceria
Dengan menggabungkan fungsi dengan gaya terkini, Taobao Malaysia memudahkan urusan keluarga melengkapkan kediaman mereka untuk sambutan Hari Raya.
Promosi Perayaan yang Menjadikan Aktiviti Membeli-belah Lebih Bermakna
Sempena Jualan Raya Taobao (24 Februari – 20 Mac 2026), pembeli boleh menikmati:
- Sehingga RM60 Ganjaran Eksklusif untuk Pengguna Baharu – Barangan bermula dari RM1, sehinggalah RM60 dalam baucar yang digabungkan dengan caj penghantaran (Manfaat tertakluk kepada kelayakan dan ketersediaan).
- 12% Diskaun Sitewide – Nikmati sekurang-kurangnya potongan 12% untuk barangan terpilih di seluruh platform (sah sehingga 9 Mac 2026).
- Penghantaran Percuma dengan Pembelian Minimum RM119 – Nikmati penghantaran percuma bagi pesanan RM119 dan ke atas, serta baucar penghantaran terhad untuk penjimatan tambahan.
- Rebat Bayaran Segera – Nikmati rebat segera sehingga RM35 untuk transaksi RM250 ke atas melalui kad kredit RHB Bank (sah dari 24 Februari – 20 Mac 2026, setiap hari pada jam 8 malam), serta pengecualian caj perkhidmatan bayaran harian sehingga RM12 (sah sehingga 9 Mac 2026).
Semarakkan Sambutan Hari Raya Luar Talian di MyTOWN
Bermula dari 13 sehingga 15 Mac 2026, Taobao Malaysia akan meraikan pembeli di luar talian dengan Pesta Raya Taobao yang diadakan selama tiga hari, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Pusat Beli-belah MyTOWN, Kuala Lumpur. Pengunjung dijemput datang beramai-ramai untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik dan demonstrasi produk yang diinspirasikan oleh hiasan kediaman dan keperluan rumah sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba.
Para pembeli juga berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif Taobao edisi terhad dengan menyertai aktiviti "Snap, Post & Win". Dengan pelbagai barangan yang telah dipilih dengan teliti, ganjaran hebat dan kemeriahan sambutan di luar talian ini, Taobao Malaysia ingin memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menghiasi dan melengkapkan rumah mereka menjelang Hari Raya, di samping memberi keselesaan, keriangan serta mengeratkan jalinan silaturahim sesama mereka.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kempen Pesta Raya Taobao dan info terkini, sila ikuti Taobao Malaysia di Facebook, Instagram, dan TikTok, atau layari aplikasinya.
Tentang Taobao Malaysia
Taobao Malaysia bermatlamat untuk menyediakan aktiviti membeli-belah yang mudah di Taobao dan Tmall untuk pengguna di Malaysia. Melalui aplikasi Taobao, pembeli di Malaysia boleh mengakses berbilion jenis produk, lengkap dengan perkhidmatan logistik, pembayaran dan lain-lain, serta tawaran yang sesuai dengan keperluan individu tersebut. Taobao Malaysia adalah sebahagian daripada Syarikat Alibaba International Digital Commerce Group.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4900058_MS00058_6









