PETALING JAYA, Malaysia, 7 Februari 2026 /PRNewswire/ — Village Grocer, rangkaian pasaraya premium yang terkemuka di Malaysia secara rasminya melancarkan pembukaan cawangan baharunya di pusat beli-belah terkenal, Hextar World @ Empire City. Cawangan baharu ini menjadi suatu pencapaian penting untuk pengembangan jenamanya, membawa pengalaman membeli-belah istimewa "Passion to Delight" kepada komuniti Damansara Perdana yang meriah.
Village Grocer Meluaskan Jajahannya ke Damansara dengan Pembukaan Cawangan Baharu di Hextar World, Empire City
Cawangan baharu ini menjadi tunjang utama kepada konsep "Exploratorium" Hextar World, di mana ia menyediakan pelbagai pilihan hasil tempatan yang paling segar dan produk import antarabangsa yang premium. Residen dan pekerja di pejabat berhampiran kini boleh menikmati akses kepada kemudahan untuk mendapatkan:
- Kesegaran yang Dijamin: Bermacam jenis pilihan buah-buahan dan sayuran diterbangkan setiap hari dari Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Korea, dan New Zealand, di samping hasil tanaman tempatan dari Cameron Highlands.
- Daging Premium & Makanan Laut: Potongan daging bermutu tinggi dan makanan laut yang segar.
- Antarabangsa & Artisan: Produk jenama terkenal dari Australia (Woolworths) dan Itali, termasuklah bahagian di mana terdapat bermacam pilihan makanan organik dan sihat untuk mereka yang menjalani gaya hidup vegan, keto, dan bebas-gluten.
- Sajian sedia untuk dimakan: Terdapat bahagian khusus deli untuk barangan bakeri artisan dan pilihan hidangan yang mudah untuk disediakan.
"Kami amat berbesar hati untuk menyambut kedatangan Village Grocer ke Hextar World. Komitmen yang mereka tunjukkan dalam penjagaan kualiti, kesegaran, dan keseronokan semasa membeli-belah setiap hari seiring dengan visi kami yang ingin menyediakan destinasi yang menceriakan untuk seluruh komuniti. Pembukaan ini merupakan satu lagi pencapaian menarik Hextar World, dan kami teruja untuk menyaksikan bagaimana Village Grocer bakal menjadi destinasi pilihan keluarga dan pengunjung untuk singgah membeli-belah," kata Dato’ Eddie Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hextar Group.
"Kedatangan kami ke Hextar World merupakan langkah strategik dalam membawakan pelbagai pilihan barangan runcit premium dengan lebih dekat ke pusat bandar utama di Petaling Jaya," kata En. Ivan Tan, Pengarah Eksekutif Kumpulan The Food Purveyor. "Cawangan ini kami bina dengan susun atur yang memberikan suasana yang segar, reka bentuk estetik moden, yang sesuai dengan seni bina progresif Empire City ini. Matlamat kami adalah untuk menjadikan aktiviti membeli-belah barang keperluan rumah lebih lancar dan pembeli dapat merasai pengalaman menarik sepanjang mereka di sini."
Ketua Pegawai Eksekutif The Food Purveyor, En. Kok, sangat teruja untuk melancarkan Village Grocer di hab inovatif yang mengumpulkan pelbagai peringkat generasi ini. Beliau turut menekankan kepentingan bekerjasama dengan pusat ini yang memfokuskan kepada meraikan pengalaman setiap kehidupan, di samping mencapai matlamat Village Grocer agar kekal menjadi tempat yang mudah dikunjungi dan mempunyai akses untuk kesemua keperluan seluruh komuniti."
Majlis Pembukaan Gilang Gemilang & Promosi
Bagi meraikan pelancaran, Village Grocer Hextar Empire City menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif sempena pembukaan dan untuk ahli tetap BITES dari 6 Februari hingga 8 Mac 2026:
- Bumper Bonanza – promosi satu (1) hari dengan tawaran terhebat!
- Ganjaran Mingguan Setiap Jumaat pada 6, 13, 20, 27 Februari, dan 6 Mac di mana pelanggan kami dihadiahkan dengan bermacam barangan percuma. Siapa cepat, dia dapat, selagi stok masih ada. Tertakluk pada terma dan syarat.
- Pada hari pembukaan itu sendiri:
– 200 pelanggan pertama yang berbelanja minimum RM150 & ke atas boleh menebus satu (1) goodie bag eksklusif percuma di kaunter perkhidmatan pelanggan kami.
– Dan untuk 50 pelanggan pertama yang berbelanja sebanyak RM300 & ke atas, akan mendapat goodie bag eksklusif, serta percuma beg Buah dan Sayuran yang mengandungi hasil-hasil tanaman segar yang kami tuai sendiri, terhad kepada 50 penebusan pertama sahaja. Sementara stok masih ada, jangan lepaskan peluang!
- Sertai BITES (keahlian PERCUMA)
– Dapatkan beg beli-belah bukan-tenunan secara PERCUMA bila anda berbelanja RM30 & ke atas dalam satu resit. (Tawaran sah sehingga 6 Feb sahaja)
– Berbelanja RM100 & ke atas untuk dapatkan Succulent (terhad kepada 150 unit, siapa cepat, dia dapat, selagi stok masih ada)
– Berbelanja RM150 & ke atas untuk dapatkan Buluh Lotus (terhad kepada 50 unit, siapa cepat, dia dapat, selagi stok masih ada)
- Daftar keahlian Bites untuk mengumpul mata ganjaran, mendapat hadiah dan menikmati tawaran harga untuk ahli sahaja. Belanja RM2 untuk dapatkan 1 mata Bites.
- Dapatkan Beg Besar Bukan-Tenunan Village Grocer EDISI TERHAD kami yang dijual pada harga RM19.99 sahaja.
Sebagai sebahagian daripada komitmen Village Grocer dalam menyokong kelestarian alam sekitar, Hextar Empire City akan beroperasi sebagai kedai membeli-belah tanpa plastik, bagi menggalakkan pelanggan membawa beg guna semula mereka sendiri sebagai usaha untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar.
- Village Grocer Hextar World, Empire City terletak di Aras LG 1 (The Marketplace) dan dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman www.villagegrocer.com.my atau ikuti Village Grocer di Facebook dan Instagram.
Tentang Village Grocer:
Village Grocer adalah rangkaian pasar raya terkemuka, yang terkenal dengan komitmennya menyediakan produk berkualiti tinggi, perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan keunikan pengalaman beli-belah. Village Grocer berdedikasi untuk memberikan pilihan gourmet terbaik keluaran lokal dan antarabangsa untuk pelanggan-pelanggannya yang bijak menilai, di samping mengekalkan standard kelestarian dan tanggungjawab yang tinggi terhadap penjagaan alam sekitar.
Untuk maklumat lanjut, sila layari villagegrocer.com.my.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4883078_MS83078_6










