Sindiket Penipuan Kini Beroperasi Seperti Perniagaan: VIDA Gesa CISO Malaysia Fikirkan Semula Pertahanan Era-AI - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Sindiket Penipuan Kini Beroperasi Seperti Perniagaan: VIDA Gesa CISO Malaysia Fikirkan Semula Pertahanan Era-AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Februari 2026 /PRNewswire/ — Kegiatan penipuan di Asia Tenggara sudahpun melepasi titik peralihan, berkembang daripada jenayah penipuan terpencil menjadi operasi amat bersifat komersial yang dijalankan oleh sindiket-sindiket terancang yang beroperasi dengan skala dan kecekapan perniagaan moden yang sah. Amaran ini disampaikan oleh Niki Luhur, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif VIDA Group, di CISO Malaysia 2026, iaitu sebuah acara yang menghimpunkan Ketua-ketua Pegawai Keselamatan Maklumat (CISO) di Malaysia.

Niki Luhur, Founder and Group CEO of VIDA, during a session with CISOs in Malaysia highlighting the risks of AI-generated images being misused for fraud.
Niki Luhur, Founder and Group CEO of VIDA, during a session with CISOs in Malaysia highlighting the risks of AI-generated images being misused for fraud.

Dalam pembentangannya, "From Fraudster to Syndicate: The Rise of Commercial Fraud in Southeast Asia" ("Daripada Penipu kepada Sindiket: Peningkatan Kegiatan Penipuan Komersial di Asia Tenggara"), Niki memperincikan sejauh mana Kecerdasan Buatan (AI) secara asasnya membentuk semula ekonomi jenayah digital, mengautomasikan dan meningkatkan skala penipuan menjadi ancaman industri berstruktur. "Jenayah penipuan pada hari ini bukan lagi tentang individu yang ingin mencari keuntungan dengan cepat; ia menjadi suatu perniagaan," kata Niki Luhur. "Apabila jenayah beroperasi seperti sebuah industri, keselamatan tidak boleh bergantung pada andaian yang dibina untuk era yang berbeza."

Pesanan ini bertepatan dengan CISO, memandangkan ancaman berkuasa AI seperti serangan palsuan dan penipuan identiti sintetik menjejaskan model-model keselamatan tradisional. Ia juga sejajar dengan keputusan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menghentikan SMS OTP secara berperingkat-peringkat menjelang Jun 2026 yang seterusnya menggariskan kekurangan pengesahan legasi dan memerlukan reka bentuk semula yang asas bagi strategi pertahanan untuk pemimpin perbankan.

Niki menekankan pertahanan identiti secara berlapis dan terkoordinasi. Pencegahan penipuan yang berkesan memerlukan penyatuan penentusahan identiti, semakan integriti peranti, pengesanan keaslian dan pengesahan PKI ke dalam satu sistem padu yang mampu bertahan daripada serangan berasaskan AI yang berskala besar. Kepercayaan peranti ketika ini merupakan kawalan barisan hadapan yang kritikal. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.vida.id

Latar Belakang VIDA

VIDA ialah sebuah syarikat yang terkemuka di Indonesia dalam bidang identiti digital dan pencegahan penipuan, mendapat lesen daripada Lembaga Persijilan (CA) yang didaftarkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital Republik Indonesia. Ditubuhkan pada tahun 2018, VIDA menyediakan perkhidmatan identiti digital yang mengintegrasikan sijil elektronik, tandatangan digital, penentusahan identiti dan pengesahan transaksi, kesemuanya mematuhi standard keselamatan yang bertaraf dunia, termasuk Prasarana Kunci Awam (PKI) dan penentusahan biometrik. VIDA menentusahkan lebih daripada 2.5 juta identiti setiap hari. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.vida.id

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4875018_MS75018_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI