Pemuda parah, kaki terpaksa dipotong akibat letupan mercun

Pemuda parah, kaki terpaksa dipotong akibat letupan mercun

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Kaki kiri seorang pemuda terpaksa dipotong selepas dia mengalami cedera parah akibat letupan bunga api dalam kejadian di Taman Damai Jaya, Bukit Siput, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd. Jumazanzahir Chek Ismail berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang bermain mercun kira-kira pukul pukul 12.30 tengah malam.

Katanya, kejadian itu menyebabkan mangsa yang berusia 30 tahun mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Zon Merah Hospital Segamat untuk rawatan kecemasan.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang bermain mercun di hadapan rumahnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina sebelum berlaku letupan yang menyebabkan kecederaan parah.

“Pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan putus kaki kiri di bawah lutut akibat letupan tersebut dan kini berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

“Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan hanya bunga api yang dibenarkan serta bermain di kawasan lapang dengan mematuhi langkah keselamatan ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN