SANY Marine dan CEA Jalin Perkongsian Telepengendali dan Pengendalian Bahan Strategik di Australia - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

SANY Marine dan CEA Jalin Perkongsian Telepengendali dan Pengendalian Bahan Strategik di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZHUHAI, China, 5 Februari 2026 /PRNewswire/ — SANY Marine, unit perniagaan jentera pelabuhan SANY Group, mengumumkan di Sidang Kemuncak Pelanggan Global & Pelancaran Produk Elektronik Pintar berkenaan satu perkongsian strategik bersama Construction Equipment Australia (CEA) yang merupakan sebahagian daripada CFC Group.

SANY lauches its strategic partnership with Construction Equipment Australia
SANY lauches its strategic partnership with Construction Equipment Australia

Kolaborasi ini akan membawa rangkaian telepengendali dan pengendali bahan SANY ke sektor Pengendalian Bahan Australia yang kian berkembang bagi menawarkan kombinasi yang hebat antara ketahanan lasak dan inovasi yang disesuaikan untuk memenuhi permintaan pasaran Australia.

Menurut syarat-syarat perjanjian, CEA akan memanfaatkan rangkaian pengedaran nasionalnya yang luas untuk membawa telepengendali dan pengendali bahan SANY yang canggih ke sektor-sektor utama di seluruh Australia, termasuk perlombongan, penyewaan, pembinaan, pertanian dan pengendalian pukal.

Dikenali kerana ketahanan, kecekapan tenaga dan integrasi teknologi pintarnya, peralatan SANY benar-benar sejajar dengan permintaan Australia yang semakin meningkat terhadap penyelesaian pengendalian bahan yang lestari dan berprestasi tinggi. "Menjalin kerjasama dengan CEA mewakili satu pencapaian strategik untuk pengembangan global SANY Marine," kata En. Jeff Fu, Pengarah SANY Group.

"CEA berbangga kerana dapat bekerjasama dengan jenama-jenama yang memahami keperluan pelanggan tempatan kami, dapat menyampaikan produk berkualiti termaju dan mengutamakan keperluan industri pada masa akan datang," kata Philip Cardaci, Pengerusi Eksekutif CFC Group. "Kepakaran pembuatan global SANY dengan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kilang di seluruh dunia selain fokus mereka pada produk elektrik dan teknologi pintar melengkapi portfolio sedia ada dan juga portfolio yang kian berkembang dengan sempurna."

Menerusi pengalaman yang luas dan rangkaian jualan yang sudahpun mantap di Australia, CEA akan berperanan sebagai rakan strategik yang utama untuk SANY. Dengan memanfaatkan pemahaman tempatan yang mendalam serta kepakaran pasaran, CEA dijangka akan memainkan peranan yang amat penting dalam menyokong pertumbuhan jangka panjang portfolio telepengendali dan pengendali bahan SANY di seluruh pasaran Australia.

"Kami cukup berbesar hati dapat membawa rangkaian telepengendali dan pengendali bahan SANY ke pasaran Australia," kata Ketua Pegawai Eksekutif CEA, Hylton Taylor. "Ini merupakan segmen produk yang difahami dengan baik oleh CEA dan kami tidak sabar untuk memaparkan keupayaan SANY yang mendahului pasaran serta fokus jenama ini terhadap keperluan pelanggan pada masa akan datang," tambah Hylton. Perkongsian ini berkuat kuasa serta-merta, dengan telepengendali SANY tiba di cawangan-cawangan nasional CEA mulai April 2026, sementara pengendali bahan dilancarkan pada akhir tahun ini.

Tatkala SANY terus memperdalam globalisasinya, perkongsian ini menonjolkan komitmen jangka panjang Kumpulan ini dalam menyampaikan penyelesaian peralatan yang andal, lestari dan pintar di seluruh dunia. Dengan bekerjasama erat bersama rakan kongsi tempatan yang dipercayai, SANY berhasrat untuk menyediakan produk dan penyelesaian yang bukan sahaja berdaya saing pada peringkat global, tetapi juga benar-benar sejajar dengan keadaan kendalian tempatan, jangkaan pelanggan serta matlamat kelestarian masa depan.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4878449_MS78449_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI