Rockwell Automation Mengukuhkan Tahap Keselamatan Siber Industri dengan Pembukaan Pusat Operasi Keselamatan Baru di Singapura - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Rockwell Automation Mengukuhkan Tahap Keselamatan Siber Industri dengan Pembukaan Pusat Operasi Keselamatan Baru di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Infrastruktur baru yang menyediakan perkhidmatan pemantauan ancaman 24/7, tindak balas pantas dan keselamatan siber pacuan AI untuk operasi industri di seluruh Asia Pasifik. 

SINGAPURA, 12 Februari 2026 /PRNewswire/ — Rockwell Automation, syarikat terbesar di dunia yang mengkhusus untuk automasi industri dan transformasi digital telah melancarkan Pusat Operasi Keselamatan (SOC) di Singapura bagi meningkatkan tahap keselamatan siber untuk pelanggan industri di seluruh Asia Pasifik.

(From left) Rockwell Automation senior executives Scott Wooldridge, Regional President, Asia Pacific; Scott Genereux, Senior Vice President & Chief Revenue Officer; Inba Rathinam, Vice President & General Manager, Lifecycle Services Head of Regions; Matt Fordenwalt, Senior Vice President, Lifecycle Services; Christian Schoening, Vice President  & General Manager, Professional & Managed Services; and Sandip Choudhari, Business Manager, Cybersecurity Services, Asia Pacific, at the launch of the new Security Operations Center in Singapore, Rockwell’s Asia Pacific headquarters.
(From left) Rockwell Automation senior executives Scott Wooldridge, Regional President, Asia Pacific; Scott Genereux, Senior Vice President & Chief Revenue Officer; Inba Rathinam, Vice President & General Manager, Lifecycle Services Head of Regions; Matt Fordenwalt, Senior Vice President, Lifecycle Services; Christian Schoening, Vice President & General Manager, Professional & Managed Services; and Sandip Choudhari, Business Manager, Cybersecurity Services, Asia Pacific, at the launch of the new Security Operations Center in Singapore, Rockwell’s Asia Pacific headquarters.

Infrastruktur baru ini merupakan sebahagian daripada rangkaian Perkhidmatan Keselamatan Terkini secara global oleh Rockwell Automation dengan menyediakan perkhidmatan pemantauan pada masa nyata 24/7, pengesanan ancaman lanjutan serta tindak balas insiden yang pantas melalui keupayaan Pemantauan dan Tindak Balas Keselamatan SecureOT™. Direka khas untuk menumpukan pada pergabungan persekitaran IT dan OT yang semakin meningkat, SOC akan membantu syarikat-syarikat perindustrian mengesan, memberi respons dan memulihkan daripada insiden keselamatan siber dengan lebih pantas dan berkesan.

Terletak di ibu pejabat Asia Pasifik Rockwell di Singapura, SOC berfungsi sebagai hab serantau untuk perkhidmatan Pengesanan dan Tindak Balas Terurus (MDR). Ia mengintegrasikan kumpulan data neutral-vendor, risikan ancaman kontekstual dan pengutamaan berasaskan risiko, lalu membolehkan pasukan-pasukan industri memfokuskan pada kelemahan yang paling kritikal dalam persekitaran yang kompleks dan dalam masa yang sama memastikan tindak balas pantas serta pemulihan secara tersusun yang dibimbing oleh pakar-pakar keselamatan siber Rockwell.

"Keselamatan siber kini tidak dapat dipisahkan daripada transformasi digital," kata Marcelo Tarkieltaub, pengarah serantau, Asia Tenggara, Rockwell Automation. "Hab SOC serantau baharu kami di Singapura menggambarkan komitmen kami untuk membantu pengilang-pengilang berhubung, mengautomasikan dan melindungi operasi mereka secara menyeluruh. Dengan adanya pelbagai keupayaan di bawah satu bumbung membolehkan jalinan kolaborasi yang lebih mendalam serta tindak balas yang lebih pantas, seterusnya memberikan perlindungan yang lebih kukuh untuk operasi kritikal pelanggan kami. Ia mengupayakan mereka menguji dan berinteraksi dengan keupayaan kami secara langsung yang merupakan langkah penting untuk organisasi-organisasi menilai rakan kongsi yang tepat demi perjalanan keselamatan siber mereka."

"Pembukaan SOC serantau kami mengukuhkan peranan Singapura sebagai hab keselamatan siber di rantau ini. Kami berharap ia mempereratkan kolaborasi kami bersama agensi tempatan, pusat akademik dan rakan kongsi bagi memperkukuhkan kebolehan industri dan meningkatkan kemahiran bakat baru dalam bidang keselamatan siber terkini.. Kami melantik beberapa ahli profesional muda yang berkemahiran dalam bidang keselamatan siber, membina kepakaran mereka untuk menyokong pelanggan global dalam lingkungan keselamatan industri."

Syarikat-syarikat di rantau ini berdepan dengan ancaman yang semakin meningkat seperti kecurian data, ugutan siber dan perisian tebusan ekoran peranan kritikal Asia Pasifik dalam rantaian bekalan global serta kedudukannya sebagai hab teknologi dan pembuatan. Laporan Keadaan Pembuatan Pintar Tahunan ke-10 2025 Rockwell Automation mendapati bahawa keselamatan siber meningkat kepada risiko luaran kedua paling kritikal untuk pengilang-pengilang di Asia Pasifik, dengan hampir separuh daripada responden merancang untuk menggunakan AI dan pembelajaran mesin untuk memastikan keselamatan siber di masa hadapan.

SOC Rockwell Automation memanfaatkan Security Orchestration, Automation and Response (SOAR), iaitu platform teknologi yang menggabungkan automasi, AI dan analisis bagi memperkemas dan mempercepat tindak balas terhadap ancaman siber. Ini dapat meningkatkan perkhidmatan Pengesanan dan Tindak Balas Terurus Rockwell bagi menawarkan kepada pelanggan dengan memusatkan pemerhatian untuk insiden dan tindakan siber memandangkan sesetengah pengilang global perlu memantau lebih daripada 100 lokasi.

Sejajar dengan cita-cita negara Singapura untuk membina ekonomi digital yang selamat, kemudahan ini mengutuhkan kolaborasi Rockwell bersama Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) dan rakan-rakan industri demi memajukan kematangan keselamatan siber industri di seluruh rantau ini. Kita/Rockwell akan menganjurkan bengkel latihan serta simulasi pelanggan bagi memberikan peserta pendedahan secara langsung kepada senario ancaman- ancaman OT.

SOC baru ini dibina berasaskan Suit Penyelesaian SecureOT™ Rockwell yang merangkumi Khidmat Nasihat Strategik, Rangkaian dan Infrastruktur Industri Terurus, Pengurusan Aset, Pengurusan Risiko dan ancaman siber serta perkhidmatan Tindak Balas Insiden.

Latar Belakang Rockwell Automation

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK) ialah peneraju bertaraf global bagi automasi industri dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi insan dengan potensi teknologi bagi memperluas kemungkinan yang boleh dicapai mengikut keupayaan manusia, seterusnya menjadikan dunia ini lebih produktif dan lebih lestari. Berpangkalan pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation mempunyai kira-kira 26,000 penyelesai masalah yang dikhususkan untuk pelanggan kami di lebih 100 negara setakat tahun fiskal akhir 2025. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara kami merealisasikan Connected Enterprise® dalam seluruh perusahaan industri, kunjungi www.rockwellautomation.com.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4873066_MS73066_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI