Pakar-pakar Ternama Dunia bakal Namakan Pemenang Shaw Prize dalam Sains Komputer Pertama - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Pakar-pakar Ternama Dunia bakal Namakan Pemenang Shaw Prize dalam Sains Komputer Pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG, 11 Februari 2026 /PRNewswire/ — Tanggal 28 Januari, The Shaw Prize Foundation mengumumkan penubuhan The Shaw Prize in Computer Science yang turut menyertai hadiah-hadiah sedia ada dalam bidang Astronomi, Sains Hayat dan Perubatan, serta Sains Matematik.

The Selection Committee Members of The Shaw Prize in Computer Science come from diverse regions and possess comprehensive backgrounds, including Turing Award laureates, former university presidents, and senior leaders in the I&T and education sectors.
The Selection Committee Members of The Shaw Prize in Computer Science come from diverse regions and possess comprehensive backgrounds, including Turing Award laureates, former university presidents, and senior leaders in the I&T and education sectors.

Jawatankuasa Pemilihan sulung, yang terdiri daripada pakar-pakar yang ternama di dunia akan memilih penerima hadiah pertama. Pencalonan akan dibuka mulai September hingga November 2026, dengan pengumuman dijadualkan dibuat pada musim bunga 2027.

Mengetuai jawatankuasa ini ialah Profesor Jennifer Chayes, Dekan Kolej Pengkomputeran, Sains Data dan Masyarakat di UC Berkeley. Beliau menegaskan komposisi jawatankuasa yang pelbagai sebagai kekuatan teras: "Jawatankuasa kami menyatukan kepakaran yang luar biasa dari seluruh dunia, lalu menggambarkan sifat antarabangsa dan antara disiplin bidang sains komputer pada hari ini. Kepelbagaian ini memastikan proses penilaian yang seimbang, inklusif dan juga ketat."

Profesor Tony Chan yang mempengerusikan Jawatankuasa Perancangan yang membentuk hadiah baharu ini, menyertai Jawatankuasa Pemilihan sebagai ahli. Bekas Presiden Hong Kong University of Science and Technology (HKUST) dan King Abdullah University of Science and Technology, beliau berharap agar The Shaw Prize "akan memberikan prestij dan rekod prestasinya untuk mengiktiraf sumbangan cemerlang yang sebenar kepada sains komputer."

Seorang lagi bekas presiden universiti dalam jawatankuasa ini ialah Profesor John L Hennessy yang berkhidmat sebagai Presiden Stanford University selama 16 tahun dan menerima ACM A.M. Turing Award 2017. "Saya berharap The Shaw Prize," katanya, "memberikan pengiktirafan yang mendalam terhadap kepentingan dan kedalaman intelektual sains komputer sebagai satu bidang."

Jawatankuasa ini merangkum tiga lagi penerima Turing Award – Profesor Jack Dongarra, Yann LeCun dan Joseph Sifakis. Profesor Dongarra, penerima anugerah Turing 2021 dan ketika ini merupakan Profesor Emeritus Penyelidik di The University of Tennessee, Knoxville, berkata ia merupakan satu penghormatan dapat membantu mentakrifkan hadiah baharu ini secara menyeluruh: "Saya berharap Hadiah ini menandakan bahawa idea-idea yang berani dan mentakrifkan bidang—terutamanya yang terkini—dilihat, dihargai dan diraikan oleh komuniti global."

Profesor Sifakis, penerima anugerah 2007 dan ketika ini merupakan Pengarah Penyelidikan Emeritus CNRS di Verimag Laboratory, menyatakan mengenai cabaran yang paling dalam bagi bidang ini: "Jawapan kepada pencarian kecerdasan terletak dalam meneroka fenomena mental dan memahami bagaimana kesedaran timbul dalam organisma hidup."

Profesor LeCun, Pengerusi Eksekutif di AMI Labs dan Profesor Jacob T. Schwartz Sains Komputer di New York University, menerima Turing Award pada tahun 2018. Beliau berkhidmat selama bertahun-tahun sebagai Ketua Saintis AI di Meta.

"Pengkomputeran ialah salah satu keupayaan manusia yang paling penting," kata Pengerusi Majlis HKUST, Profesor Harry Shum. Beliau mengiktiraf kuasa sains komputer: "Kita sedang mencapai tahap kecerdasan manusia dengan pantas. Ini akan memberi impak yang belum pernah terjadi sebelumnya dan mendalam kepada umat manusia yang kebanyakannya bermanfaat, namun turut menimbulkan banyak kebimbangan."

Menyimpulkan perspektif berkenaan, Profesor Jeannette M Wing, Naib Presiden Eksekutif untuk Penyelidikan dan Profesor Sains Komputer di Columbia University, berkata: "Ia merupakan satu penghormatan kepada sains komputer apabila The Shaw Prize Foundation mengiktiraf bidang kami dan memberi pengiktirafan kepada mereka yang bukan sahaja memberikan pemahaman saintifik mengenai perkomputeran, tetapi turut membangunkan teknologi yang mengubah setiap aspek dalam kehidupan kita."

Ini merupakan salinan terjemahan. Bagi mendapatkan ketepatan profesional, sila rujuk versi Bahasa Inggeris asal.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4883419_MS83419_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI