LONDON, 14 Februari 2026 /PRNewswire/ — Lei Zhang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Envision, diumumkan sebagai penerima Anugerah Presiden 2026 oleh Energy Institute. Dalam menganugerahkan penghormatan tertingginya kepada Zhang, Institut ini menekankan peranan Envision dalam membentuk peralihan tenaga global bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran jangka panjang sambil mempercepat penyahkarbonan.
Dalam mengiktiraf Zhang, Energy Institute menyatakan bahawa beliau merupakan pemimpin pemikiran yang secara konsisten melihat peralihan tenaga sebagai cabaran sistemik — dan peluang ekonomi — bukannya kekangan. Usaha beliau dipuji kerana memajukan piawaian industri, menyokong kemahiran dan pendidikan, serta menggalakkan pemikiran jangka panjang tentang bagaimana sistem tenaga dapat berkhidmat dengan lebih baik kepada masyarakat dan ekonomi.
Anugerah ini turut menandakan detik penting bagi sektor swasta. Zhang merupakan usahawan dan pemimpin perniagaan pertama yang menerima Anugerah Presiden, selepas penerima terdahulu kebanyakannya terdiri daripada organisasi kerajaan, diplomatik dan antarabangsa.
Presiden Energy Institute, Andy Brown, mengulas:
"Anugerah Presiden ialah penghormatan tertinggi Energy Institute, diberikan kepada individu yang pencapaiannya memberi impak transformasi terhadap tenaga global. Visi dan kepimpinan Lei menjadikannya antara pemimpin tenaga global paling berpengaruh. Melalui Envision, beliau membentuk sistem tenaga AI yang menyediakan asas tanpa had, pintar dan mampu milik untuk semua."
Institut tersebut menyatakan bahawa anugerah ini mencerminkan pengiktirafan yang semakin meningkat bahawa pencapaian sifar bersih bukan sahaja bergantung kepada dasar, tetapi juga kepada perniagaan yang mampu membina dan mengendalikan infrastruktur serta sistem digital yang menjadikan peralihan ini berdaya pelaburan dan mampan walaupun berdepan cabaran sedia ada.
Ketika menerima anugerah tersebut, Zhang berkata dunia kini berada pada detik penting, apabila teknologi telah menurunkan kos tenaga boleh diperbaharui sehingga menjadi mampu milik dan melimpah ruah. Walaupun masih wujud keraguan, beliau menarik perhatian kepada perbandingan sejarah abad ke-13, apabila kertas pernah dianggap alternatif murah dan rapuh berbanding kulit pacmen — sehinggalah sifat mampu miliknya memecahkan monopoli terhadap ilmu pengetahuan dan membuka akses kepada masyarakat umum.
Zhang menyatakan keyakinannya terhadap masa depan manusia, dengan berkata "Era bahan api fosil akan berlalu. Apa yang muncul seterusnya bukan sekadar sistem tenaga baharu — tetapi ufuk baharu untuk kemanusiaan. Apabila tenaga melimpah ruah dan mudah diakses, seperti yang pernah terjadi pada kertas untuk ilmu pengetahuan, ia akan mencetus kecerdasan, memulihkan maruah dan membentuk semula kerjasama. Begitulah cara kita mencipta kemakmuran baharu bagi peradaban."
Zhang merupakan suara berpengaruh dalam arena tenaga dan iklim antarabangsa. Beliau merupakan pengasas bersama Global School of Sustainability dengan London School of Economics dan disenaraikan dalam "100 Most Influential Climate Leaders of 2025" (100 Pemimpin Iklim Paling Berpengaruh 2025) oleh TIME.
Profesor Nicholas Stern, Pengerusi Global School of Sustainability berkata:
"Pembangunan mampan ialah satu-satunya laluan kepada pertumbuhan yang kukuh dan terjamin. Kemampanan ialah kemakmuran baharu. Komitmen Lei dalam memanfaatkan teknologi bagi menangani cabaran tenaga bersama umat manusia, bersama kreativiti dan dorongan luar biasanya, memberikan contoh kepimpinan yang amat diperlukan ketika kita mempercepat perubahan di seluruh dunia."
Ditubuhkan pada 2007, Envision membina strateginya berasaskan idea bahawa tenaga bersih bukan sahaja keperluan alam sekitar, tetapi juga asas kepada peluang ekonomi baharu. Syarikat baru-baru ini mengumumkan pelancaran global Dubhe, model asas tenaga termaju yang membolehkan sistem tenaga berkembang seiring AI, sekali gus membentuk sistem tenaga AI.
Energy Institute (EI) ialah badan keahlian profesional bertauliah bagi individu yang bekerja dalam sektor tenaga di seluruh dunia. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan masa depan tenaga yang lebih baik dengan mempercepat peralihan global yang adil ke arah sifar bersih. International Energy Week (Minggu Tenaga Antarabangsa), yang dianjurkan oleh EI, menghimpunkan pembuat dasar, pemimpin industri dan pakar di London setiap tahun.
Di bawah ini ialah teks penuh ucapan:
Mencipta Kemakmuran Baharu bagi Peradaban
Saya amat berbesar hati menerima anugerah ini. Ia bukan sahaja pengiktirafan terhadap pasukan saya dan diri saya, tetapi juga penegasan terhadap visi bersama kita — visi untuk mencipta kemakmuran baharu bagi peradaban.
Kita berada pada detik penting dalam pembangunan peradaban. Kecerdasan buatan membawa manusia ke era baharu permintaan tenaga. Dalam tempoh 50 tahun akan datang, permintaan kuasa global mungkin meningkat sepuluh kali ganda. Sama seperti tiada siapapun yang menjangkakan peningkatan seratus kali kekuatan tenaga sebelum terciptanya enjin wap.
Pada masa sama, krisis iklim semakin meruncing. Dengan rizab bahan api fosil yang terhad, kita perlu bertanyakan persoalan asas yang penting:
Bagaimana kita dapat mengekalkan kemakmuran jangka panjang peradaban?
Keperluan mendesak ini mendorong kita membina asas tenaga baharu — sistem dengan tiga teras utama: Tanpa Had, Pintar dan Murah.
Berita baiknya, visi ini semakin menjadi kenyataan. Tenaga boleh diperbaharui yang dahulunya mahal kini telah mengatasi bahan api fosil dari segi perbandingan kos. Menerusi inovasi berskala besar, China membantu dalam menurunkan kira-kira 90% kos global bagi storan angin, solar dan tenaga, menjadikan tenaga boleh diperbaharui sesuatu yang mampu dimiliki.
Namun bersama kemajuan hadir keraguan. Ada yang menyamakan "kelimpahan" dengan "lebihan kapasiti." Ada juga yang mempersoalkan "kemampumilikan."
Ini mengingatkan saya tentang salah faham yang terjadi seribu tahun yang lalu. Pada abad ke-13, tatkala teknologi pembuatan kertas dari China tiba di Eropah, kertas disisihkan sebagai pengganti "murahan dan mudah rosak" berbanding pacmen. Maharaja Frederick II bahkan mengisytiharkan dokumen yang ditulis di atas kertas sebagai tidak sah. Bagi golongan elit ketika itu, kertas yang murah ini tidak mempunyai maruah yang sama seperti pacmen yang mahal kosnya.
Namun atas sebab kebolehaksesan inilah – sifat "murahan" kertas – yang memecah monopoli ilmu pengetahuan. Ia membolehkan golongan rakyat biasa mengakses ilmu pengetahuan dan akhirnya membantu kebangkitan era Renaissance.
Sejarah mengajar kita bahawa peradaban maju ke hadapan melalui kelimpahan dan keterjangkauan. Hari ini, kelimpahan ini yang menetapkan asas bagi sistem tenaga baharu.
Ia akan membongkar potensi penuh AI dan memperluas batasan peradaban. Peningkatan sepuluh kali ganda permintaan tenaga bukanlah satu beban – ia menyuburkan lagi evolusi pengkomputeran. Tanpa limpahan dan kepintaran tenaga, bunga AI ini tidak akan berkembang mekar sepenuhnya.
Ia juga akan mempertahankan maruah manusia dan melindungi asas peradaban. Di Afrika, sistem luar grid menerangi desa-desa pedalaman buat pertama kalinya. Di Pakistan, panel solar menjadi hadiah perkahwinan yang paling berharga. Di Timur Tengah, tenaga elektrik yang mampu milik membolehkan penyahgaraman yang membolehkan gurun bertukar menjadi tanah perladangan. Di pergunungan pedalaman di Asia Tenggara, stesen pangkalan kuasa-angin menghubungkan kanak-kanak kepada ilmu pengetahuan global.
Manusia akan beralih daripada persaingan terhadap sumber terhad kepada pembangunan bersama aliran semula jadi yang tidak terhingga — membina peradaban baharu berasaskan kerjasama.
Era bahan api fosil akan berlalu. Apa yang muncul seterusnya bukan sekadar sistem tenaga baharu — tetapi ufuk baharu bagi kemanusiaan. Apabila tenaga melimpah ruah dan mudah diakses – seperti mana kertas pada satu ketika dahulu untuk ilmu pengetahuan.
Ia akan mencetuskan kecerdasan.
Ia akan memulihkan maruah.
Ia akan membentuk semula kerjasama.
Itulah cara kita mencipta kemakmuran baharu bagi peradaban.
– tamat –
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4887750_MS87750_6











