MADRID, 4 Februari 2026 /PRNewswire/ — Huawei dengan sukacitanya mengumumkan Pelancaran Produk Inovatif HUAWEI yang akan datang di Madrid, Sepanyol yang dijadualkan berlangsung pada 26 Februari 2026. Bahagian utama acara ini ialah visi "Now is Your Run" ("Kini Larian Anda") yang direalisasikan melalui rangkaian produk canggih yang lengkap. Para hadirin akan dapat mengalami perbatasan baharu bagi peranti boleh pakai pintar, telefon pintar, peranti audio dan tablet apabila kemajuan berfokus dalam teknologi kesihatan dan kecergasan, fotografi gred profesional dan ekosistem pintar yang lancar mentakrifkan semula apa yang dapat dicapai.
Salah satu pelancaran yang paling dinanti-nantikan ialah HUAWEI WATCH GT Runner 2, iaitu jam tangan boleh pakai generasi akan datang yang dicipta bersama-sama legenda maraton Eliud Kipchoge dan pasukan larian elitnya. Direka untuk mengubah cara pelari berlatih, ia menawarkan ketepatan kedudukan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan pelbagai ciri larian termaju, seterusnya meningkatkan prestasi dengan kecerdasan gred profesional.
Kategori telefon pintar menyaksikan kembalinya HUAWEI Mate 80 Pro yang sudah lama dinanti-nantikan, tatkala Huawei memperkenalkannya semula ke pentas antarabangsa. Sebagai asas dalam siri andalan Huawei, peranti ini membawakan reka bentuk Dual Space Rings (Gelang Angkasa Berkembar) yang baharu—suatu evolusi sofistikated yang memperhalusi estetika klasik dengan gaya moden. Sistem kamera turut mengalami penaiktarafan yang ketara, menerusi Sistem Kamera True-to-Color yang direkayasa untuk memberikan kemajuan yang luar biasa dalam reproduksi warna serta keupayaan penangkapan dinamik.
Bagi pengembara luar dan penggemar aktiviti kecergasan yang berdedikasi, HUAWEI WATCH Ultimate 2 bakal memukau dengan dwiinovasi iaitu dalam reka bentuk serta fungsian. Penaiktarafan utama ialah mod golf dipertingkat yang memberikan pengalaman yang lebih canggih dan pintar di padang golf. Acara ini akan turut menonjolkan kemajuan ketara dalam audio serta peranti boleh pakai yang ringan. HUAWEI FreeBuds Pro 5, fon putik True Wireless Stereo generasi akan datang daripada Huawei, direkayasa untuk meningkatkan kualiti bunyi dan pembatalan hingar sekali gus memberikan keselesaan sepanjang hari. Sementara itu, HUAWEI Band 11 Series kekal mendahului arah aliran dengan reka bentuk yang segar dan muda selain pilihan warna yang cukup meriah yang direka untuk memberikan tenaga kepada perjalanan kesihatan dan kecergasan setiap pengguna yang unik.
HUAWEI MatePad Mini memenuhi keperluan tawaran bersaiz kecil tablet HUAWEI, menyatukan rangkaian MatePad secara strategik bagi memberikan pengalaman yang lancar dalam kesemua saiz. Dengan reka bentuk yang rapi dan paparan yang memberi keselesaan mata, ia membawa kemungkinan baharu untuk senario mudah alih seperti perjalanan ulang-alik, kerja di pejabat dan juga perjalanan perniagaan.
Menerusi beraneka jenis produk baharu yang mengagumkan, acara pelancaran Madrid ini akan berperanan sebagai platform definitif untuk Huawei memperlihatkan secara sistematik komitmennya yang berterusan terhadap inovasi dalam ekosistem peranti pintar secara sistematik. Kini Larian Anda. Pada 26 Februari, saksikanlah masa depan.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4876044_MS76044_6











