Grand Copthorne Waterfront Hotel Singapore Diiktiraf dengan ASEAN MICE Venue Award 2026 - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Grand Copthorne Waterfront Hotel Singapore Diiktiraf dengan ASEAN MICE Venue Award 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA, 5 Februari 2026 /PRNewswire/ — Grand Copthorne Waterfront Hotel Singapore dianugerahkan ASEAN MICE Venue Award 2026 dalam Kategori Bilik Mesyuarat, satu pengiktirafan serantau yang berprestij di bawah ASEAN MICE Venue Standard (AMVS). Anugerah ini meraikan tempat-tempat yang memenuhi penanda aras tertinggi untuk mesyuarat perniagaan di seluruh Asia Tenggara dan disampaikan secara rasmi di Majlis Penyampaian ASEAN Tourism Standards Awards semasa berlangsungnya Forum Pelancongan ASEAN (ATF) pada 30 Januari 2026 di Cebu, Filipina.

General Manager Andrew Tan receiving the award at the ASEAN Tourism Standards Awards Ceremony at the ASEAN Tourism Forum on 30 January 2026
General Manager Andrew Tan receiving the award at the ASEAN Tourism Standards Awards Ceremony at the ASEAN Tourism Forum on 30 January 2026

Pada tahun 2026, hanya 41 buah hotel daripada kesemua sepuluh Negara Anggota ASEAN mencapai pengiktirafan ini selepas menjalani audit di lapangan yang ketat yang menilai kualiti struktur, ciri kalis bunyi, kemudahan, piawaian keselamatan dan kecemerlangan perkhidmatan. Grand Copthorne Waterfront merupakan salah satu daripada hanya dua hotel di Singapura yang menerima anugerah ini dan salah satu daripada hanya tiga wakil Singapura secara keseluruhan, lalu menonjolkan kepimpinannya dalam sektor MICE serantau serta memperkukuh kedudukan Singapura sebagai destinasi MICE ulung.

ASEAN MICE Venue Award – kategori Bilik Mesyuarat memberi penghormatan kepada tempat-tempat yang memenuhi standard yang ketat dari segi kemudahan, perkhidmatan, keselamatan dan ketercapaian. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen hotel ini terhadap kualiti dan pengalaman mesyuarat yang lancar.

Mengulas mengenai pencapaian ini, Andrew Tan, Pengurus Besar Grand Copthorne Waterfront, berkata: "ASEAN MICE Venue Award ini merupakan pengesahan yang kukuh terhadap dedikasi pasukan kami dalam memberikan pengalaman mesyuarat yang luar biasa. Ia menggambarkan standard tinggi yang kami junjung dalam aspek kemudahan, perkhidmatan dan operasi kami, serta memperteguh komitmen kami untuk terus-menerus berinovasi dan meningkatkan pengalaman untuk pelanggan serta rakan kongsi kami."

Benedict Ng, Naib Presiden, Operasi, Asia Tenggara dan Amerika Utara, menambah:
"Mendapat pengiktirafan di bawah ASEAN MICE Venue Standard memberi kedudukan kepada Grand Copthorne Waterfront sebagai antara tempat MICE yang paling dipercayai dan berkeupayaan di rantau ini. Pencapaian ini menonjolkan kekuatan dari segi kecemerlangan operasi kami dan pelaburan kami yang berterusan dalam kakitangan, infrastruktur serta teknologi bagi menyokong acara-acara perniagaan bertaraf dunia."

Anugerah ini diterima susulan pengubahsuaian hotel bernilai $40 juta yang telahpun siap pada akhir tahun 2023 yang meningkatkan keupayaan MICE dengan ketara. Mempunyai ruang mesyuarat dan acara seluas 6,200 meter persegi, termasuk bilik mesyuarat yang diterangi cahaya semula jadi dan tiga dewan besar tanpa tiang yang menjangkau keluasan 1,385 meter persegi; hotel ini dilengkapi dengan baik untuk menyokong acara hibrid, secara bersemuka dan maya. Menghadap Sungai Singapura, tempat-tempatnya menawarkan persekitaran tersendiri yang digandingkan dengan teknologi canggih serta kemudahan audio-visual bertaraf dunia, lalu memperteguh peranannya dalam meningkatkan standard MICE serantau serta memperkukuh kedudukan Singapura sebagai hab MICE antarabangsa yang terkemuka.

Hubungi:

Claire Chan, Penolong Pengarah Komunikasi Pemasaran
[email protected] 

Kok Nee Tsu, Penolong Pengurus Komunikasi Pemasaran
[email protected] 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4878465_MS78465_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI