KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Februari 2026 /PRNewswire/ — Menjelang Tahun Baharu Cina yang kian menghampiri, EP YAYING, jenama pakaian mewah Cina yang mengikut fesyen, mengumumkan pengembangan yang lebih mendalam ke Asia Tenggara dan memanfaatkan estetika Timur sebagai bahasa bersama untuk meraikan Tahun Baharu di samping komuniti Cina tempatan. Jenama ini menembusi kawasan runcit premium Kuala Lumpur di Suria KLCC pada tahun 2019, membina pengiktirafan tempatan yang mantap melalui peruncitan fizikal dan meletakkan asas yang kukuh bagi mencapai pertumbuhan dalam tempoh jangka panjang di rantau ini.
Sebagai jenama pakaian wanita mewah Cina dengan sejarah panjang selama 38 tahun, EP YAYING dipandu oleh komitmennya yang berterusan terhadap bahan berkualiti tinggi dan mutu ketukangan yang indah. Bermula daripada sulaman Suzhou hinggalah tradisi sutera, jenama ini terus menenun teknik-teknik warisan budaya tidak ketara ke dalam reka bentuk kontemporari. Dalam konteks ini, identiti budaya yang mendalam dan hubungan yang dirasai oleh komuniti Cina Asia Tenggara bergabung jalin secara semula jadi dengan falsafah EP YAYING untuk mengekspresikan estetika Timur melalui pakaian.
Sempena menyambut Tahun Baharu, EP YAYING memperkenalkan koleksi terhad Tahun Baharu Cina 2026 yang bertemakan "Kebijaksanaan". Dengan mengambil inspirasi daripada budaya klasik Cina, rangkaian ini menggabungkan simbolisme bertuah "Motif Ikan-Naga" Warisan Budaya Tidak Ketara Peringkat Kebangsaan China dengan limpah rahmat "Corak Bunga Peony Ruyi" yang gemalai. Menampilkan kashmir yang jarang ditemui, jacquard sutera dan sulaman tangan, bahan-bahan premium ini dipilih dengan teliti dan digabungkan melalui teknik artisan yang cermat bagi memberi penghormatan kepada kecerdasan, sikap tenang dan kekuatan yang terselindung dalam kalangan wanita masa kini. Direka untuk pelbagai detik perayaan, koleksi ini beralih dengan mudah daripada penampilan elegan untuk perjumpaan keluarga kepada sepersalinan halus untuk perjumpaan bersama rakan-rakan dan pakaian malam yang menonjol untuk sambutan percutian. Setiap rekaan dicipta untuk menyokong ekspresi diri yang yakin bagi membolehkan keanggunan Timur terungkap secara semula jadi dalam setiap suasana.
Dalam bulan Mac ini, EP YAYING akan menjadi tumpuan utama di pameran penutup Minggu Fesyen Shanghai dengan melancarkan secara rasmi Festival Fesyen EP YAYING Musim Bunga dan Musim Panas 2026. Persembahan ini juga akan menjadi detik penting bagi memaparkan kekuatannya kepada pembeli antarabangsa dan memajukan lagi strategi global jenama ini. Memandang ke hadapan, jenama ini merancang untuk memperdalam hubungan emosi bersama pengguna Asia Tenggara melalui pengalaman setempat, kolaborasi rentas industri yang inovatif dan perkhidmatan pelanggan diperibadikan. Dalam hal ini, jenama ini bermatlamat untuk mewujudkan ruang bersama yang membolehkan identiti budaya bertemu gaya moden, lalu membina komuniti yang berpaksikan warisan dan juga keyakinan kontemporari.
Menjelang Tahun Baharu yang bakal tiba, EP YAYING meletakkan harapan terindah kepada kemakmuran, keharmonian dan permulaan baharu. Dengan fesyen sebagai kapal dan estetika sebagai layarnya, jenama ini berharap dapat mengembara bersama-sama menuju masa depan yang terasa berseri dan juga benar-benar manusiawi.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4883448_MS83448_6











