AITO dan ADM Memeterai Perkongsian Strategik, Mulakan Babak Baharu dalam Pengembangan Global Kemewahan Pintar - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

AITO dan ADM Memeterai Perkongsian Strategik, Mulakan Babak Baharu dalam Pengembangan Global Kemewahan Pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHONGQING, China, 7 Februari 2026 /PRNewswire/ — AITO, iaitu jenama kenderaan pintar dan mewah China, menandatangani secara rasmi perjanjian kerjasama strategik bersama Performance Plus Motors (subsidiari Abu Dhabi Motors), sebuah kumpulan pengedar automotif mewah yang terkemuka di Emiriah Arab Bersatu. Perjanjian ini ditandatangani di Chongqing, China oleh Jason Wang, Presiden SERES AUTO Overseas BU dan Syed Faiz Karim, Ketua Pegawai Eksekutif Abu Dhabi Motors. Leon He, Presiden SERES AUTO dan Kelvin Zhao, Ketua Perwakilan ADM China, menghadiri majlis menandatangani perjanjian sebagai saksi. Perkongsian ini merupakan pencapaian yang penting dalam pengembangan AITO ke dalam pasaran kenderaan tenaga baharu mewah luar negara dan menandakan pelancaran rasmi fasa pertumbuhan global jenama ini yang seterusnya.

Signing Ceremony
Signing Ceremony

Dengan pengalaman industri selama 40 tahun, ADM menjadi salah satu kumpulan pengedar automotif mewah yang paling berpengaruh di Timur Tengah, disokong oleh rangkaian jualan yang luas, kumpulan pelanggan bernilai bersih tinggi yang mantap serta operasi dan perkhidmatan bertaraf profesional. Falsafah berpusatkan pelanggan dan inovasi perniagaannya menetapkan penanda aras untuk industri ini. AITO menjadi jenama NEV yang muncul paling pantas bagi melepasi angka satu juta unit dalam pengeluaran yang dicapai hanya dalam tempoh 46 bulan. AITO 9 andalan mendahului segmen RMB 500,000+ China selama 21 bulan berturut-turut, lalu memperkukuh kepimpinan AITO dalam mobiliti pintar mewah dengan kekuatan produknya yang mantap.

Perkongsian strategik ini akan mewujudkan pemerkasaan bersama yang mantap dan terus-menerus mengukuhkan daya saing teras dalam seluruh lingkungan automotif mewah. Melalui kolaborasi yang mendalam, kedua-dua pihak akan memulakan babak baharu dalam pasaran kenderaan mewah pintar Timur Tengah demi mencapai pertumbuhan nilai bersama untuk jenama ini dan juga pasaran.

Performance Plus Motors, subsidiari ADM akan bertanggungjawab terhadap penjualan, penghantaran dan perkhidmatan pascajualan model-model pintar mewah AITO di UAE, dengan rancangan untuk menubuhkan pusat pengalaman jenama dan servis yang dapat memberikan pengalaman pengguna yang mendalam sejajar dengan kedudukan AITO. Pada masa yang sama, ADM akan memanfaatkan matlamat pasaran bagi memacu pemasaran setempat dan komunikasi jenama, seterusnya menyokong kemasukan AITO yang dipercepat ke dalam segmen pengguna mewah di rantau ini. Kedua-dua pihak juga akan berkolaborasi dalam aspek perkhidmatan pelanggan, perisikan pasaran dan perkongsian sumber yang bertujuan untuk membina perkongsian yang saling menguntungkan dalam tempoh jangka panjang.

Jason Wang, President of SERES AUTO Overseas BU and Syed Faiz Karim, CEO of ADM
Jason Wang, President of SERES AUTO Overseas BU and Syed Faiz Karim, CEO of ADM

Jason Wang, Presiden SERES AUTO Overseas BU, menyatakan: "Kolaborasi kami bersama ADM merupakan satu pencapaian penting dalam strategi globalisasi AITO dan menjadi titik permulaan baharu bagi tujuan penerokaan bersama dalam pasaran NEV mewah di Timur Tengah. Pengalaman dan sumber ADM yang luas dalam pasaran automotif mewah tempatan akan memberikan sokongan padu untuk operasi tempatan AITO. Usaha bersama ini bukan sahaja akan membawa inovasi pintar ke pasaran kereta mewah Timur Tengah tetapi turut mendorong keupayaan teknologi AITO demi mencapai kemajuan yang lebih besar dalam pasaran global."

Syed Faiz Karim, Ketua Pegawai Eksekutif ADM, berkata: "Keupayaan teknologi, kualiti produk dan kedudukan jenama mewah AITO benar-benar sejajar dengan permintaan daripada pasaran mewah Timur Tengah dan sepadan dengan falsafah kami untuk memupuk segmen mewah dan mengejar pengalaman yang luar biasa. Kami akan memanfaatkan saluran, sumber dan kelebihan operasi kami demi menyokong sepenuhnya pembangunan jangka panjang AITO dalam pasaran UAE, meninjau peluang baharu dalam segmen NEV mewah dan terus-menerus memberikan pengalaman mobiliti yang lebih inovatif serta mewah."

Middle East  AITO Models Road Test
Middle East AITO Models Road Test

Model-model AITO telahpun menyelesaikan adaptasi perkakasan dan perisian setempat serta pensijilan yang diperlukan. AITO 9 andalan sudahpun memulakan pandu uji pengguna tempatan di UAE, menandakan langkah perintis oleh jenama Cina untuk melibatkan pengguna luar negara. Pada masa yang sama, kenderaan AITO telahpun tiba di pelabuhan Dubai dan sedia dihantar segera sebaik sahaja dilancarkan secara rasmi. Infrastruktur tempatan ADM yang mantap juga akan menyediakan asas kukuh untuk pelancaran produk, penghantaran dan operasi jangka panjang AITO di UAE. AITO akan terus membangunkan kehadirannya di Timur Tengah, meletakkan asas untuk berkembang ke wilayah-wilayah sekitarnya dan dalam masa yang sama tetap mempertingkat kehadiran antarabangsa dan kemajuan jenama ini dalam pasaran NEV pintar mewah global. 

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4882547_MS82547_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI