LAS VEGAS, 11 Januari 2026 /PRNewswire/ — Guide Sensmart (Reruai 21740, Dewan Tengah), peneraju bertaraf global bagi teknologi pengimejan terma, melancarkan secara rasminya inovasi pengimejan terma generasi akan datang – ApexVision – berserta beberapa produk baharu yang diperkasakan oleh teknologi ini. Pelancaran ini memperlihatkan lonjakan sistemik untuk industri ini bermula dengan "melihat haba" semata-mata kepada "melihat dengan jelas, tepat dan bijak" yang menyaksikan permulaan era baharu yang ditakrifkan oleh Ultra-Clarity (Ultra-Kejelasan).
Reaksi Tingkat Pameran CES: "Ultra-Clarity" Menarik Keterlibatan Mendalam
Bertempat di reruai Guide Sensmart, demonstrasi produk secara langsung yang dikuasakan oleh ApexVision menarik perhatian yang mantap daripada penganalisis industri hinggalah media global. Perbandingan secara langsung—seperti mengekalkan butiran pengimejan yang jelas bagi sasaran jauh dan menghasilkan pengimejan objek bergerak pantas yang jelas dan tanpa kabur—mendapat pujian yang konsisten. Ramai pelawat profesional menyatakan bahawa kejelasan "apa-yang-anda-lihat-adalah-apa-yang-anda-dapat" yang andal ini akan meningkatkan secara langsung kecekapan operasi dan keyakinan dalam membuat keputusan.
ApexVision mengintegrasikan perkakasan dan juga perisian: Ia menggabungkan pengesan ApexCore S1 kepekaan tinggi, platform pemprosesan Nexus 1.0 dan algoritma yang dioptimumkan untuk senario. ApexVision bersama-sama dapat mengatasi cabaran yang berterusan dengan jayanya seperti kontras rendah dalam persekitaran kompleks, kehilangan butiran pada jarak yang jauh atau pembesaran tinggi, kabur gerakan pada objek bergerak pantas dan pengesanan yang tidak tepat terhadap perbezaan suhu yang kecil.
Daripada Seni Bina kepada Aplikasi: Portfolio Penuh Diperkasakan
Di tingkat pameran CES, Guide Sensmart mendemonstrasikan bagaimana ApexVision memberikan penambahbaikan yang ketara merentas peranti terma. Alatan termografi (cth. E3S, kamera terma H6S) memanfaatkan algoritma SharpIR 2.0 bagi menyediakan pengukuran suhu yang stabil dan tepat dalam persekitaran yang mencabar, lalu membolehkan pemeriksa mengesan kerosakan tersembunyi dengan lebih yakin. Optik perburuan luar (cth. monokular TD650LS dan binokular TN650MS) mendapat manfaat daripada Hyper-Light 2.0 yang membolehkan pengguna mengenal pasti hidupan liar nokturnal dalam kegelapan malam dan menjejaki sasaran yang bergerak pantas sambil mengekalkan imej yang sempurna dan tajam walaupun pada zum 10×.
"Pelancaran ApexVision menyaksikan suatu pencapaian penting yang melaluinya pembangunan teknologi bersepadu secara vertikal kami diterjemahkan kepada nilai sebenar untuk pengguna," kata seorang jurucakap Guide Sensmart. "Ia lebih daripada sekadar satu set spesifikasi—ia memberikan kepastian Ultra-Kejelasan kepada setiap pengguna profesional."
Penampilan sulung ApexVision di CES 2026 memperlihatkan lebih daripada sekadar kemas kini produk rutin. Dengan menyelesaikan tukar ganti yang wujud sejak dahulu lagi antara kepekaan, kestabilan dan keteguhan alam sekitar, Guide Sensmart memajukan pengimejan terma menuju Era Ultra-Kejelasan, seterusnya membina masa depan yang lebih jelas, lebih selamat dan lebih cekap.
Kami berminat untuk meninjau peluang perkongsian kolaborasi bersama anda. Ketahui lebih lanjut mengenai Guide Sensmart di https://www.guideir.com.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4859965_MS59965_6











