![]() |
HANOI, Vietnam, 18 Disember 2025 /PRNewswire/ — Banking Academy of Vietnam (BAV) dan Vantage Foundation secara rasminya memformalkan satu perkongsian strategik melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) di sebuah majlis penandatanganan yang diadakan di ibu pejabat Banking Academy di Hanoi pada 16 Disember. Perjanjian ini mewujudkan rangka kerja kolaborasi untuk menyokong inisiatif pendidikan masa depan, dengan pelaksanaan program dirancang pada tahun 2026.

Banking Academy of Vietnam and Vantage Foundation Formalised Strategic Partnership to Advance Financial Education
Majlis ini dihadiri oleh pemimpin kanan dan wakil daripada kedua-dua institusi ini. Mewakili Banking Academy of Vietnam ialah Prof. Madya Dr. Pham Thi Hoang Anh, Pemangku Presiden; Prof. Madya Dr. Nguyen Thanh Phuong, Naib Presiden; Prof. Madya Dr. Tran Viet Dung, Pengarah Banking Research Institute; dan Prof. Madya Dr. Le Ngoc Thang, Ketua Jabatan Sumber Manusia. Vantage Foundation pula diwakili oleh En. Adam Siew, Naib Presiden Business Development; En. Floyd Wang, Ketua Perwakilan di Vietnam; dan Cik Monica Wang, Ketua Jabatan Projek Global.
Acara dimulakan dengan majlis formal dan pengenalan para perwakilan, diikuti dengan video pengenalan yang membentangkan misi serta kekuatan institusi BAV dan Vantage. Pembentangan ini memberikan konteks untuk perkongsian yang berasaskan keutamaan yang dikongsi bersama berkisarkan pendidikan, pembinaan kapasiti dan pembangunan modal insan dalam tempoh jangka panjang.
Ucapan pembukaan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Pham Thi Hoang Anh yang mengesahkan sekali lagi komitmen Banking Academy terhadap kolaborasi bersama rakan kongsi antarabangsa bagi tujuan meningkatkan kualiti akademik dan kerelevanan praktikal dalam pendidikan kewangan. Ucapan ini disusuli pula dengan ucapan daripada En. Adam Siew yang menekankan kepentingan pendidikan yang semakin meningkat dalam mempersiapkan bakat masa depan untuk sektor kewangan yang semakin dipacu data dan didayakan oleh teknologi. Beliau menyatakan bahawa pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan lestari, terutamanya tatkala kecerdasan buatan dan analisis data membentuk semula proses membuat keputusan kewangan.
Sorotan majlis ini ialah penandatanganan formal perjanjian kerjasama strategik yang secara rasminya mengesahkan perkongsian antara kedua-dua institusi. MoU ini mengetengahkan aspek-aspek kolaborasi termasuk pembangunan bersama bagi program pendidikan, penggemblengan kepakaran dan sumber antarabangsa, selain usaha komunikasi terkoordinasi bagi menggalakkan nilai pendidikan kewangan.
Sebagai konsep program awal di bawah rangka kerja perkongsian ini, BAV dan Vantage merancang untuk berkolaborasi menerusi latihan sehari yang bertajuk "Analisis Data Kewangan dan Pembuatan Keputusan dalam Era AI." Program ini dijadualkan buat sementara waktu pada akhir Februari hingga awal Mac 2026 dan akan dilaksanakan secara bersemuka di Banking Academy of Vietnam di Hanoi, dengan penyertaan dalam talian tersedia untuk bandar-bandar lain. Para peserta akan menerima sijil tamat dan program ini dijangka akan dilancarkan melalui kolaborasi bersama universiti-universiti Vietnam terkemuka yang lain.
Majlis ini diakhiri dengan pertukaran bunga dan hadiah kenang-kenangan secara simbolik, sesi bergambar berkumpulan rasmi dan perangkaian sesama wakil. Acara ini berfungsi semata-mata sebagai satu pengumuman rasmi berkenaan perkongsian strategik dan tidak melibatkan penyampaian kursus, pelaksanaan latihan atau aktiviti pelajar pada peringkat ini.
Vantage Foundation
Vantage Foundation ialah sebuah pertubuhan amal bebas yang dilancarkan di McLaren Technology Centre di UK pada tahun 2023. Yayasan ini bekerjasama dengan organisasi-organisasi di seluruh dunia, termasuk Grab Indonesia, iREDE Foundation di Nigeria, Teach for Malaysia dan Instituto Claret di Brazil untuk memacu inisiatif sosial yang memberi impak.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.vantage.foundation
Banking Academy of Vietnam
Banking Academy of Vietnam (BAV) ialah sebuah institusi pendidikan tinggi awam terkemuka yang mengkhusus dalam bidang perbankan, kewangan, ekonomi dan pentadbiran perniagaan. Ditubuhkan di bawah State Bank of Vietnam, BAV memainkan peranan penting dalam membangunkan tenaga kerja kewangan dan perbankan negara ini. Dengan memberi penekanan yang tinggi terhadap kecemerlangan akademik, penyelidikan gunaan dan kerelevanan industri, Akademi ini berperanan sebagai saluran bakat yang utama untuk sektor kewangan awam dan swasta Vietnam.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://en.hvnh.edu.vn/
Sumber artikel: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4849661_MS49661_6












