Hampir 50 tahun di dapur rakyat, Red Eagle melangkah ke era baharu

Hampir 50 tahun di dapur rakyat, Red Eagle melangkah ke era baharu

MINYAK Red Eagle yang dipercayai sejak beberapa generasi terus mengembangkan portfolio produknya seiring perubahan cita rasa pengguna dari semasa ke semasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berpandukan sejarah panjang serta kekal konsisten dalam aspek kualiti dan hubungan kukuh dengan budaya makanan tempatan, Red Eagle telah menemani jutaan isi rumah Malaysia selama hampir lima dekad sejak diperkenalkan pada 1976.

Bermula dengan produk minyak masak yang terkenal, Red Eagle kini berkembang menjadi jenama ikonik di dapur rakyat Malaysia dengan rangkaian produk yang semakin luas selari perubahan cita rasa pengguna.

Sejak penubuhannya, Red Eagle kekal sebagai jenama utama Yee Lee Corporation. Bermula daripada minyak masak asas sebelum berkembang kepada rangkaian produk masakan lengkap yang dipercayai turun-temurun oleh keluarga Malaysia.

Seiring evolusi keperluan pengguna, Red Eagle turut memperkenalkan minyak bijan, bihun serta pelbagai minyak masakan beraroma seperti minyak bawang putih goreng, minyak bawang merah goreng dan minyak mala bawang putih goreng yang memperkayakan aroma serta dimensi setiap hidangan.

Ketua YL Brands Sdn. Bhd, Dominic Poh menyampaikan ucapannya semasa majlis pelancaran bagi sesi penjenamaan semula Red Eagle.

Ketua YL Brands Sdn. Bhd, Dominic Poh berkata, sejak turun-temurun, rangkaian produk Red Eagle terus mengukuhkan ikatan dengan keluarga Malaysia dengan menawarkan lebih banyak pilihan untuk masakan harian.

Menurutnya, Red Eagle selama puluhan tahun memenuhi keperluan isi rumah moden untuk hidangan harian, musim perayaan, dan majlis keluarga, menjadikannya sebahagian daripada memori dan emosi kulinari rakyat Malaysia.

“Memasuki era baharu, Red Eagle melangkah ke fasa seterusnya dengan penjenamaan semula menyeluruh menerusi inisiatif Red Eagle Relaunch dengan tagline “Janji Teras, Tempaan Emas” (A Promise, Crafted in Gold) sebagai teras utama jenama.

“Inisiatif tersebut merangkumi peningkatan menyeluruh daripada pemilihan bahan mentah, proses pengeluaran hingga ke reka bentuk pembungkusan, selain memperkenalkan identiti dan misi jenama yang lebih jelas dalam melangkah ke masa hadapan,” katanya.

Dominic Poh berkata, pembaharuan itu bukan sekadar perubahan visual, sebaliknya satu penghargaan tulus atas sokongan berterusan pengguna sepanjang hampir lima dekad.

“Perjalanan luar biasa Red Eagle tidak mungkin berlaku tanpa sokongan kukuh pengguna setia kami.

“Kepercayaan yang diwariskan dari generasi ke generasi inilah yang menjadikan Red Eagle sebuah jenama kesayangan seluruh negara,” katanya.

Tambahnya, penjenamaan semula itu turut melambangkan komitmen baharu Red Eagle dalam memperkukuh hubungan emosi dengan keluarga moden Malaysia, selain menyesuaikan janji kualiti dengan keperluan masa kini dan masa depan.

“Dalam beberapa dekad ini, Red Eagle berkembang jauh melangkaui misi asalnya dari segi skala, kepelbagaian produk dan capaian pasaran.

“Hari ini, kita memerlukan jenama yang bukan sahaja seiring dengan evolusi zaman, tetapi membawa makna dan bersedia meneroka ruang baharu serta berhubung dengan lebih ramai pengguna di seluruh Malaysia,” ujarnya.

 

Penjenamaan semula Red Eagle dilancarkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Yee Lee Corporation, Lim Ee Young (dua dari kiri), . Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Yee Lee Group, Lim Kim Kow (paling kiri), Dominic Poh (dua dari kanan) dan Pengurus Besar Yee Lee Trading Co. Sdn Bhd, Patrick Ee (paling kanan).

Sebagai jenama berteraskan nilai kualiti, kesihatan, warisan dan kepelbagaian, beliau berkata, produk Red Eagle mematuhi standard pengeluaran tinggi yang diperakui Halal, HACCP, ISO 9001, National Mark of Malaysian Brand serta pengiktirafan Swiss Vitamin Institute (SVI).

“Jenama kami harus melangkaui sekadar produk teras; ia mesti mencerminkan identiti kami hari ini dan visi masa depan yang kami bina.

“Wajah baharu ini bukan sekadar pembaharuan visual, tetapi penghargaan tulus kepada semua yang menjayakannya, serta janji untuk mengekalkan standard tertinggi dalam setiap perkara yang kami lakukan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebagai jenama minyak masak terkemuka Malaysia, minyak masak Red Eagle kini ditawarkan dalam pan pilihan saiz daripada 500 gram hingga 17 kilogram, sesuai untuk kegunaan isi rumah, dapur komersial dan peniaga makanan.

Selain itu, Red Eagle turut menawarkan minyak bijan, minyak bawang putih goreng, minyak bawang merah goreng dan minyak mala bawang putih goreng bagi memberikan aroma unik kepada masakan, selain bihun serba guna yang sesuai untuk hidangan harian mahupun majlis istimewa.

“Dalam usaha menyokong kelestarian alam sekitar, botol 500 gram kini tampil dengan pembungkusan mesra alam menggunakan 40 peratus kurang plastik berbanding botol PET sebelum ini, manakala botol bersaiz 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg direka untuk boleh dikitar semula.

“Kami sentiasa memperhalusi setiap proses bagi memastikan produk berkualiti sampai kepada pelanggan selepas melalui bertahun-tahun ujian, pemeriksaan rasa dan pelbagai penambahbaikan.

“Inovasi adalah teras kami agar cita rasa Red Eagle kekal seiring dengan kekayaan warisan kulinari Malaysia, daripada dapur rumah ke restoran dan gerai tepi jalan,” katanya.

Bagi memeriahkan pelancaran penjenamaan semula itu, katanya, Red Eagle akan mengadakan siri promosi di seluruh negara menerusi pendekatan bersepadu melibatkan media sosial, radio, laman web, paparan produk di kedai, papan iklan serta platform mudah alih termasuk lori penghantaran dan trak ikonik “Red Eagle Ong-The-Go”.

Tambahnya, bermula 16 Disember 2025 hingga 15 Februari 2026, trak tersebut akan menjelajah bandar-bandar utama di Pantai Barat Semenanjung Malaysia bagi mendekati pengguna melalui pelbagai aktiviti interaktif serta tawaran hadiah istimewa.

“Penjenamaan semula ini bukan sekadar reka bentuk baharu atau kempen pemasaran, ia adalah gerakan berasaskan penghargaan, kesinambungan dan aspirasi bersama.

“Apabila rakyat Malaysia melangkah mengejar peluang baharu, kami di Red Eagle turut melangkah bersama mereka,” katanya.

Beliau menambah, ketika keluarga menghidupkan semula tradisi dan nilai, Red Eagle memperbaharui komitmen terhadap kualiti dan kepercayaan, manakala apabila negara membentuk masa depannya, jenama itu bersedia dengan janji yang ditempa ibarat emas.

“Tanpa sokongan pelanggan setia, kami tidak mungkin berada di tahap ini hari ini. Bagi pihak Red Eagle, kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengguna Malaysia yang menjadi sebahagian daripada perjalanan luar biasa ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Red Eagle, layari: www.redeagle.com.my UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN