RISDA santuni pelajar cemerlang Program Tuisyen Rakyat

RISDA santuni pelajar cemerlang Program Tuisyen Rakyat

AHMAD Zahid Hamidi menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang Tuisyen Rakyat RISDA 2024 kepada Nurul Hani Affiezal pada Majlis Apresiasi Tuisyen Rakyat RISDA 2024 di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Luar Bandar, Datuk Rubiah Wang, Manndzri Nasib (tiga dari kiri) , Ketua Setiausaha KKDW, Muhd Khair Razman Mohamed Annuar dan Ketua Pengarah RISDA, Zainal Azni Zulkifli. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 884 pelajar yang mengikuti Program Tuisyen Rakyat anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tahun lalu sebanyak RM3.51 juta diperuntukkan bagi membiayai 3,015 pelajar desa dengan tumpuan pada lima subjek teras serta melibatkan 1,005 pengajar.

Katanya, pencapaian itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding 654 pelajar pada tahun sebelumnya, sekali gus mencerminkan keberkesanan program berkenaan yang disediakan secara percuma.

“Usaha ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dan membolehkan pelajar fokus sepenuhnya kepada pelajaran tanpa rasa tertekan.

“Saya yakin dalam setiap diri pelajar, tersembunyi potensi luar biasa. Apa yang diperlukan hanyalah ruang, dorongan dan sistem sokongan.

Apabila semua itu tersedia, anak desa bukan sahaja mampu mencatat keputusan cemerlang, malah mampu pulang ke kampung halaman dan memimpin perubahan,” katanya pada majlis Majlis Apresiasi Tuisyen Rakyat RISDA 2024, di sini semalam.

Ahmad Zahid turut mengumumkan pemberian insentif khas sebanyak RM300 kepada pelajar terlibat sebagai penghargaan atas usaha gigih dan semangat juang mereka.

Sejak diperkenalkan pada 2007, program itu memberi manfaat kepada 35,316 pelajar dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM31.03 juta.

Dalam pada itu, Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib berkata, bagi tahun 2025, program itu.menerima peruntukan sebanyak RM2.97 juta melibatkan seramai 3,075 pelajar seluruh negara.

Katanya, setiap pusat tuisyen yang dijalankan hanya melibatkan 15 pelajar bagi memastikan pendekatan pengajaran yang lebih berfokus dan efisien.

“Apresiasi ini adalah manifestasi sokongan berterusan kerajaan dalam memastikan akses kepada pendidikan berkualiti dapat dinikmati secara adil,” katanya.

Seorang peserta Tuisyen Rakyat, Siti Sarah Sabri, 18, berkata, program itu sangat membantu kerana keluarganya kurang berkemampuan.

Anak pekebun kecil getah itu berkata, tuisyen tersebut juga meningkatkan motivasinya untuk berjaya sehingga mendapat keputusan cemerlang 10A.

“Kalau tiada bantuan RISDA, mungkin saya tidak ada di sini,” katanya.

Sementara itu, Ahmad zahid berkata, RISDA memperuntukkan sebanyak RM264.91 juta bagi program Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bertujuan membantu pekebun kecil berdepan cuaca tidak menentu.

Kata, bantuan itu dijangka membantu lebih 330,000 pekebun termasuk yang berdaftar di bawah Felda dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN