Tolong tulis komen di media sosial Uqasha ‘Kamal Adli Loves You’

Tolong tulis komen di media sosial Uqasha ‘Kamal Adli Loves You’

KAMAL Adli dan Uqasha ketika hadir pada prosiding perceraian melibatkan mereka di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Kamal Adli, 39, memohon orang ramai terutama peminat supaya menulis dan meninggalkan komen ‘Kamal Adli Loves You’ di ruangan media sosial Uqasha Senrose sebagai antara usaha untuk memujuk dan melembutkan hati isterinya itu.

Menurut Kamal, itu adalah antara cara dia mahu memberi­tahu Uqasha mengenai perasaannya sebagai seorang suami terutama setelah lama tidak berpeluang bertemu mata de­ngan isterinya.

“Saya cuma nak cakap yang saya sayang isteri saya. Kalau boleh saya mohon kepada semua terutama peminat, pergilah spam atau tulis di ruangan komen Uqasha ‘Kamal Adli loves you’.

“Jangan kecam-kecam dia, tulis yang manis-manis dan baik-baik sahaja. Tolong saya.

“Dia penat kerja, dia stres, dan saya faham benda itu. Terlalu berat sebenarnya untuk dia dan untuk saya nak hadap semua ini. Kalau nak kutuk, kutuk saya, jangan streskan dia. Tolong ya,” katanya.

Kamal berkata demikian ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur di sini, semalam.

Selain itu, kongsi Kamal, dia juga sangat sayangkan isteri dan anaknya, Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.

Kata Kamal, dia akan mencuba sehabis baik untuk menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina sejak empat tahun lalu.

“Saya sayangkan isteri saya sangat-sangat. Saya sayang anak saya. Saya tak nak apa-apa jadi sebenarnya. Apa yang jadi hari ini (semalam) kenapa saya ada kat sini, saya letak semua ini atas salah saya sendiri, saya hanya ada dia dan anak kami sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Kamal, dia lebih selesa untuk me­nguruskan hal keluarga dan rumah tangganya secara dalaman selepas ini.

Berikutan itu, dia mencuba untuk tidak akan berkongsi lagi kenyataan mengenai isu tersebut di mana-mana platform.

Kes perceraian membabitkan pasangan ini ditangguhkan ke 19 November depan selepas Uqasha gagal hadir bersama peguam bagi meneruskan prosiding.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili selebriti, Uqasha Senrose memaklumkan kepada Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini bahawa beliau menarik diri daripada mewakili anak guamnya dalam prosiding kes permohonan cerai pelakon tersebut.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam syarie, Nurfarhana Abd. Manaf ketika prosiding yang dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd. Ali.

Menurut Nurfarhana, keputusan untuk menarik diri dibuat atas alasan wujudnya isu profesionalisme antara beliau dan pelakon tersebut.

“Saya telah memaklumkan kepada anak guam mengenai perkara ini dan kami bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik. Permohonan tersebut akan difailkan secara rasmi selepas prosiding hari ini,” kata­nya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×