Ujian saringan Covid-19 murid sekolah setiap Rabu - Utusan Malaysia

Ujian saringan Covid-19 murid sekolah setiap Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan pelaksanaan saringan bergilir Covid-19 untuk murid sekolah rendah perlu dijalankan pada setiap Rabu, pada hari persekolahan.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya akan mengeluarkan surat pemakluman berhubung ketetapan berkenaan.

Menurutnya, kit ujian kendiri Covid-19 sudah dibekalkan ke sekolah rendah bagi memastikan ujian saringan itu dapat dilaksanakan seperti mana tatacara pelaksanaan ujian kendiri Covid-19 yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

“KPM menyambut baik saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dan akan melaksanakan 10 peratus sampel saringan Covid-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran, selaras Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan yang ditetapkan KKM,” katanya.

KPM juga menyarankan ketetapan itu turut terpakai di semua sekolah rendah institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan semua murid sekolah rendah diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran, bagi mencegah penyebaran wabak itu sehingga mewujudkan kluster pendidikan.

Ia menjadi keperluan kepada sekolah rendah yang mana murid di bawah usia kelayakan menerima vaksin, perlu laksanakan ujian saringan mingguan sekurang-kurangnya kepada 10 peratus sampel pelajar di sekolah itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya