Memang benar, sejak rumah Haji Dolah ‘dibersihkan’, Kampung Berembang kembali aman. Tiada lagi kedengaran cerita-cerita tentang jelmaan Haji Dolah, namun ketenangan tersebut hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja kerana selepas itu timbul pula cerita lain. “Betul beb, aku ingat semua dah okey, dah aman macam biasa, tiba-tiba malam tadi bila aku lalu depan rumah Haji Dolah aku nampak lampu rumahnya terpasang. Aku ingatkan bininya dah balik, bila aku perlahankan motosikal…