Ke Mekah untuk ibadah, bukan konten media sosial

Ke Mekah untuk ibadah, bukan konten media sosial

AFFUAN CHE MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETIKA ledakan zaman teknologi ini, boleh dikatakan hampir segalanya mahu dijadikan kandungan atau dalam bahasa lain sebagai konten (content), kita kadang kala terlupa tentang sensitiviti yang menyentuh hal-hal agama, perkauman atau individu sehingga memberikan kesan.

Jumlah tontonan, tanda suka dan jumlah pengikut dijadikan penanda aras kepada kualiti konten yang cuba dibuat tanpa memikirkan perkara lain.

Adab dan etika juga disisihkan demi mengejar populariti di media sosial sehingga mengundang kepada kecaman dalam masyarakat.

Malah, dalam tempoh dua ke tiga minggu ini, perdebatan banyak berkisar hal-hal sedemikian sehingga menimbulkan persoalan sama ada ia dibenarkan atau sebaliknya terutama apabila berada di Mekah.

Menurut Ustaz Affuan Che Mansor, seseorang individu itu perlu sedar dan tahu objektif apabila melakukan umrah dan menziarahi Masjidil Haram serta Masjid Nabawi.

“Apabila kita ke Mekah, niat kita satu sahaja iaitu kerana Allah SWT. Apabila dengan niat Lillahi Ta Ala, sudah pasti segala pergerakan kita untuk mendapatkan reda daripada-Nya.

“Bagaimanapun, manusia ini ada kepentingannya sehingga apa yang dibuatkan bukan kerana Allah SWT, tapi kerana perniagaan atau sebab lain termasuk membuat kandungan media sosial.

“Ada yang mengambil gambar produk di depan Kaabah demi jualan, nak tunjukkan produk itu ada barakah dan menganggap ia sebagai satu nilai tambah,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Jelas Affuan, adalah sangat tidak wajar apabila ada individu yang berbuat demikian dengan meletakkan kepentingan perniagaan di tempat teratas

“Kalau dilihat, hukum daripada segi etika agama, sangat tidak cantik. Bahkan saya lihat ada ustaz yang bawa minyak wangi ke depan Kaabah dan mengambil gambar.

“Ia tertakluk kepada hukum menjual barang di masjid. Ada sebahagian ulama lain yang mengharamkan jual beli di masjid kerana terdapat larangan daripapda Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Beliau pada masa sama, menasihatkan agar umat Islam menggunakan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya untuk beribadah dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

“Kita tidak tahu bila lagi akan berpeluang dipanggil ke Tanah Suci Mekah. Dan apabila kita beribadat, anggaplah ia seperti ibadat kita yang terakhir dan perlu dibuat bersungguh-sungguh,” jelasnya.

Affuan Che Mansor
Pekerjaan: Pengarah Urusan TAM Food & Beverage
Pendidikan:
Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Universiti al-Bayt Jordan.
 Ijazah Tafsir Universiti Islam Antarabangsa (UIA) – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×