Tepis scammer agama guna dua ‘senjata’ - Utusan Malaysia

Tepis scammer agama guna dua ‘senjata’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KITA sering mendengar cerita tentang kumpulan ajaran sesat sejak dulu lagi.
Sebahagian daripada pengikutnya ada yang berselindung manakala ada juga yang secara terang- terangan mengamalkan ajaran menyimpang daripada Islam.
Selain pengamal, ada pula yang sebahagiannya berani menjadi tukang sebar tanpa rasa bersalah dan berdosa kepada Allah SWT serta umat Islam lain.
Terbaharu, muncul fahaman SiHulk yang membuat pelbagai dakwaan termasuk mengatakan Nabi Muhammad SAW adalah tuhan dan tidak mempunyai jantina.
Menurut penceramah bebas Ustaz Muhd. Luqmanulhakim Mohd. Redzuan, apa yang membimbangkan seandainya ada individu yang tidak mempunyai ilmu dengan mudah terpengaruh dakyah daripada kumpulan tertentu.
“Kemunculan ajaran sesat yang dikaitkan dengan agama ini adalah penyakit sosial yang berlaku di seluruh dunia sejak zaman berzaman. Ia tidak mengenal negara maju atau mundur, bangsa atau agama.
“Jadi, pihak berkuasa dan umat Islam di Malaysia khususnya perlu sentiasa bersiap sedia dengan langkah-langkah pencegahan dan rawatan berasaskan ilmu dan kefahaman yang benar terhadap agama Islam,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.
Tambah Muhd. Luqmanulhakim, terdapat dua perkara paling asas untuk dijadikan senjata ampuh bagi mengelakkan diri daripada ajaran sesat
“Pertama, ilmu yang benar daripada sumber wahyu dan ilmu pengetahuan lengkap yang bukan separuh-separuh.
“Ini langkah asas untuk elakkan diri daripada terjebak dengan kekeliruan yang ditimbulkan oleh scammer agama, ini”jelasnya.
Katanya lagi, selain keperluan dalam aspek ilmu, langkah pencegahan dan membanteras ajaran sesat perlu bergerak selari untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat.
“Langkah-langkah ini yang perlu dilakukan penguatkuasa agama di setiap negeri,” katanya,
Dalam pada itu menurut Muhd. Luqmanulhakim, dengan jumlah 125 kumpulan ajaran sesat pernah dicatatkan di negara berdasarkan laporan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ia perkara membimbangkan.
“Aspek pendidikan Islam perlu diperkasakan pengajaran dan penghayatan dengan lebih berkesan sejak sekolah rendah hingga ke peringkat universiti.
“Kesedaran beragama menerusi pendidikan perlu dilakukan berterusan kerana ajaran sesat sentiasa muncul terutama di zaman media sosial. Dua pendekatan besar yang boleh diperkasakan sudah semestinya pendidikan Islam dan penguatkuasaan undang-undang secara berkesan,” katanya. – Mingguan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya