Ramai tak selesa cara ibu Qistina Raisah - Utusan Malaysia

Ramai tak selesa cara ibu Qistina Raisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sejujurnya,Cik Bunga sendiri jarang menemu bual pelakon remaja ini walaupun sudah terbiasa tengok kelibatnya dalam industri seni hiburan sebagai pelakon cilik suatu ketika dahulu.

Satu perkara yang Cik Bunga suka tengok, Qistina ini mempunyai kecantikannya yang tersendiri. Dari kecil pun dah boleh agak dia akan membesar sebagai seorang wanita yang cantik. Itu kelebihan dia barangkali.

Cuma, kalau bab yang Cik Bunga kurang gemar pula adalah dengan cara ibunya yang turut berperanan sebagai pengurus pelakon tersebut. Tetapi, bila dirisik-risik tanya dengan orang-orang dalam industri, rupanya ramai yang kurang berkenan cara ibunya itu.

Antaranya, kalau pihak media sedang menemu bual Qistina, dia cukup gemar masuk campur juga dalam temu bual itu. Adakala lebih sudu dari kuah. Tindakan seperti itu sebenarnya menganggu sesi temu bual dan nampak ibunya seakan tidak profesional dalam menguruskan kerjaya anak.

Itulah sebabnya, Cik Bunga pernah sebut sebelum ini, dan pernah dibahas ramai mengenai hal ini bila mana, sebenarnya, susah jika ahli keluarga yang jadi pengurus artis kerana lazimnya mereka akan bersikap beremosi melebihi daripada tanggungjawab.

Kadang-kadang kalau kita temu bual itu pun bukannya pasal kontroversi. Jadi tak perlu rasanya nak jadi jurucakap sedangkan Qistina itu, pada Cik Bunga, dah pandai bercakap dengan pihak media pun.

Qistina pun bukan tak biasa dengan pihak media sementelah dari kecil dah bina kerjaya sebagai pelakon.

Jadi Cik Bunga harap pengurus Qistina merangkap ibu pelakon itu boleh cuba kawal diri atau ‘tone down’ sikit bila anaknya ditemu bual oleh pihak wartawan. Kita tak hentam… tapi kalau boleh berikan ruang untuk Qistina meluahkan buah fikirannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya