Azhar Sulaiman patut jadi ahli politik - Utusan Malaysia

Azhar Sulaiman patut jadi ahli politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga sebenarnya adalah antara pengikut di akaun Instagram dan Facebook pelakon senior Azhar Sulaiman.

Terus terang, suka juga kita tengok bebelan dan celotehnya di media sosial. Adakala lucu dan menghiburkan. Ada sahaja yang ingin diperkatakannya waima isu kecil atau perihal mengenai diri sendiri atau anak-beranaknya.

Satu lagi, Cik Bunga perhatikan, Azhar juga suka komen mengenai isu semasa termasuk isu politik. Rasa Cik Bunga, dia bukan seorang yang bercakap tak ada isi, kebanyakannya ada hujah yang boleh diketengahkan.

Maka, terlintas juga di fikiran Cik Bunga, dengan pengetahuan dan ilmu yang mungkin dimiliki oleh Azhar, mengapa tidak dia menerobos masuk ke dalam bidang politik ya?

Bukan apa, kalau Azhar calonkan diri jadi ahli politik, rasanya dia akan mempunyai penyokong dan pengikut yang ramai.

Calon yang popular dan tahu selok belok dunia politik, latar belakangnya pun bukan calang-calang. Jadi, Azhar boleh saja jadi wakil suara rakyat. Tak begitu?

Tetapi, seingat Cik Bunga yang pernah berbual dengan pelakon ini tak lama dulu, Azhar pernah cakap dia tak mahu sertai dunia politik atas sebab-sebab tertentu.

Antaranya, ‘permainan’ dunia politik ini lain. Kalau hati tak kental, baik tak payahlah sertai. Malah, katanya, dialebih selesa dengan cara sekarang sebab boleh bernafas lega dan hidup macam orang biasa.

Kalau jadi orang politik, entah-entah tidur malam pun tak nyenyak agaknya. Hmm… betul juga. Tapi benda-benda begini kena tepuk dada tanya selera. Ikut apa yang kita minat dan apa misi dan visi kita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya