Jangan melalut sangat bang oi! - Utusan Malaysia

Jangan melalut sangat bang oi!

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kelakar tetapi itulah realiti apabila berbual dengan seorang artis lama. Usianya dalam industri memang panjang. Berdekad lama, jadi pengalamannya membukit. Cuma itulah, tinggi sangat. Menggunung ceritanya.

Cerita kawan Poklip, dia ada menemu bual seorang penyanyi lama ini. Memang kalau sebut satu-satu lagunya, semua tahu. Baik yang muda atau tua. Malar segar dan sehingga kini menjadi siulan.

Tapi penyanyi ini sudah lama menyepi. Macam merajuk pun ada, cuma dia tak mengaku. Tak apalah, hati warga emas kena jaga. Kadang-kadang benda kecil pun boleh jadi besar.

Tetapi bual punya bual, penyanyi ini semakin melalut. Mula masuk bab fahaman agama, politik dan yang tidak ada kena mengena. Soalannya satu sahaja, tetapi dia punya pembetangan level PHD tau.

Sampai berkerut muka rakan media di situ. Mereka tak faham dan tidak cuba untuk faham pun. Sebab jauh sangat tersasar dari soalan. Contohnya tanya, nak makan apa? Jawapannya sampai isu Zul Ariffin pun dikaitkan sekali.

Poklip pernah juga menemu bual artis veteran. Memang ada yang kadang-kadang tergelincir daripada soalan tetapi bunyinya seperti menasihati kita. Namun artis yang satu ini level politik, agama pun dia bantai sekali.

Akhirnya, yang ditunggu-tunggu hanya dijawab di minit terakhir. Selebihnya hanya satu penceritaan dan luahan emosi sendiri yang tidak ada kena mengena. Bila Poklip dengar pun, tergelak sendiri.

Tak apa lah abang. Status veteran abang menjadi penyelamat. Kita faham, bukan selalu jumpa media kan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya