Jangan paksa boleh? - Utusan Malaysia

Jangan paksa boleh?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hubungan Poklip dengan rakan-rakan perhubungan awam (PR) atau pengurus agak baik. Kami tidak ada masalah, setahu Poklip lah. Lagipun jarang kami ada berselisih faham.

Tidak dinafikan, ada beberapa pengurus atau PR artis yang divanya lebih tinggi dari langit tapi bagi Poklip, lantaklah situ. Malas nak layan. Orang kalau beria rasa hebat ini, kita bo layan sahaja.

Cuma seorang rakan Poklip mengadu, katanya ada seorang PR artis ini tak habis-habis memaksa dia untuk mengadakan sesi fotografi mempromosikan artis baharunya.

Okay, itu tak mengapa lagi. Tetapi bila rakan Poklip itu tidak melayan permintaan si polan itu, terus dia menghantar pesanan dengan cara tegas. Seolah-olah marah dengan penolakan itu.

Jelas rakan Poklip, bukan dia tolak mentah-mentah permintaan PR itu. Cuma dia sedang sibuk dan minta sesi fotografi itu ditangguhkan dahulu. Bukan dia tak mahu atau tolak terus.

Tetapi PR ini memang ada rekod buruk dengan ramai wartawan. Dia selalu juga memuat naik status di media sosial memburukkan rakan-rakan media. Alasannya, semua sombong.

Bukan sombong tau awak. Kadang-kadang kita ada tuntutan kerja lain yang membuatkan jadual kerja padat sepadatnya. Bila ada masa terluang, kita boleh sahaja mempromosikan artis itu.

Kalau nak kata semua wartawan tak sombong, itu tipulah. Nama pun manusia, mesti ada kekurangannya. Cuma awak pun janganlah memaksa sangat. Daripada setuju boleh jadi menyampah! Siapa yang rugi? Artis awak juga!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya