SHAH ALAM: Pasukan bomba memadam kebakaran di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan (HSKLS) dekat Sungai Kelambu di Kuala Langat, seluas kira-kira 15 hektar daripada keseluruhan 23 hektar. Ketua Zon 5 (KLIA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba II, Mohamad Issmanto Md. Pono berkata, kebakaran sudah dipadam dan berbaki kira-kira 7 hektar. “Sehingga pukul 10 pagi tadi, Kebakaran masih aktif namun tidak menjejaskan penempatan berhampiran Loji Rawatan…










