KUALA LANGAT: Kawasan hutan simpan seluas kira-kira empat hektar berdekatan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Kelambu, Banting, di sini, terbakar. Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kejadian tersebut berlaku semalam, namun operasi pemadamannya dilakukan hari ini apabila tiada sumber air dan akses ke lokasi. Katanya, bomba bomba menerima panggilan pada pukul 12.43 tengah hari semalam dan menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat…










