SHAH ALAM: Seorang warga emas tinggal bersendirian ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terapung dekat sebuah kolam tadahan hujan di Seksyen U11, di sini, kelmarin. Mayat wanita berusia 70-an itu dipercayai sudah pun meninggal dunia dalam tempoh 48 jam ketika ditemukan oleh orang awam. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Anak Embol berkata, polis menerima makluman daripada orang awam kira-kira pukul 11.30 pagi pada yang hari sama mendakwa terlihat…










