Warga emas dipercayai gantung diri selepas tetak rakan

Warga emas dipercayai gantung diri selepas tetak rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga emas dipercayai menggantung diri selepas menetak rakannya dengan menggunakan parang dalam satu kejadian di sebuah restoran berhampiran pasar Pulau Tikus di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa yang berusia 58 tahun cedera parah di kepala akibat diserang oleh suspek sebelum lelaki itu segera dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis negeri, Datuk Azizee Ismail, suspek yang berusia 68 tahun itu pula dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah di Solok Codrington susulan kejadian tetak itu tidak lama kemudian.

“Dia (suspek) dijumpai tergantung di bahagian dapur rumah tersebut dengan seutas tali dan hasil bedah siasat juga mengesahkan bahawa punca kematian suspek adalah akibat gantung diri.

“Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Berdasarkan siasatan awal, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada isu kewangan antara mangsa dan suspek,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai bagaimanapun dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis serta mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat buat masa ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN