SHAH ALAM: Pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa ribut yang melanda kawasan penduduk dan sekolah di Sijangkang, Kuala Langat semalam. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau memantau situasi ribut yang melanda terutama di kawasan berkenaan dan meneliti keadaan semasanya. “Bantuan segera akan disalur kepada mangsa. PPS juga dibuka oleh Unit Bencana Daerah. “Kerajaan negeri akan terus memantau dan meneliti keadaan semasa terutama kesan akibat hujan…