KUALA LANGAT: Sesi persekolahan bagi sekurang-kurangnya 4,000 pelajar di lima buah sekolah rendah dan menengah serta sekolah agama dekat Sijangkang serta Kampung Medan, Telok Panglima Garang di sini terjejas akibat ribut semalam. Sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya, Sekolah Rendah Agama (SRA) dan SK Kampung Medan serta SK Jalan Tanjung. Tinjauan, Utusan Malaysia di kawasan berkenaan mendapati tiada pelajar yang hadir, sebaliknya kelima-lima…