SHAH ALAM: Kawasan seluas kira-kira 2.4 hektar Hutan Jalan Pulau Angsa berhampiran Hutan Simpan Bukit Cherakah, di sini terbakar.
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menggerakan kekuatan dari tiga balai bomba ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.15 petang.
“Empat jentera termasuk sebuah water tanker dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dan dibantu BBP Kapar dan Sungai Buloh dikejarkan ke tempat kejadian.
“Komander operasi melaporkan, kebakaran sebenar berkeluasan kira-kira enam ekar (2.4 hektar) dapat dikawal pada pukul 6.05 petang. (Sehingga pukul 6.30 petang tadi) 80 peratus api dipadamkan, baki 20 peratus pemadaman masih diteruskan,” katanya kepada pemberita, hari ini. – UTUSAN










