SABAK BERNAM: Seorang pemuda maut selepas motosikal ditungganginya berlanggar dengan sebuah lori yang terbabas dekat Batu 3, Jalan Sepintas-Bagan Terap di sini, semalam. Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu mengakibatkan mangsa berusia 20 tahun meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md. Yusof Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori yang datang dari arah Sepintas menuju ke Bagan Terap dipercayai hilang kawalan. “Lori itu…