KUALA LANGAT: Empat sahabat maut apabila seorang rakan yang juga pemandu pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dinaiki mereka, mengantuk sebelum terbabas lalu melanggar sebatang pokok dekat Kilometer 27.7 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) di sini, awal pagi tadi. Kemalangan kira-kira pukul 3.10 pagi itu mengorbankan pemandu iaitu P. P. Mahendran, 44, serta sahabatnya S. Gobhu, 43; B. Thivagar, 43 dan C. Sivanandan, 41 yang kesemuanya disahkan meninggal dunia…