KLANG: Seorang ibu menemui ajal dalam keadaan yang menyayat hati selepas motosikal dinaiki bersama suami dan anak perempuannya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler dekat Jalan Pelabuhan Barat, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, motosikal jenis SM Sport 110R itu dibonceng bersama anaknya berusia 10 tahun dari arah Pulau Indah menghala ke Klang kira-kira pukul 1.20 tengah hari. “Suami mangsa ketika…