Tragedi Putra Heights: Siasatan teknikal siap esok

Tragedi Putra Heights: Siasatan teknikal siap esok

Siasatan Putra Heights
KEADAAN sebuah rumah di Kampung Kuala Sungai Baru yang musnah dalam kejadian letupan gas di Putra Heights pada 1 April lalu. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Siasatan teknikal berhubung insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights dijangka siap sepenuhnya esok.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Jay Jay Clement Dennis berkata, pasukan penyiasat akan menyediakan laporan penuh
sebaik siasatan itu selesai.

“Maklumat mengenai pengumuman hasil siasatan akan dikongsikan kepada umum dalam masa terdekat,” katanya ringkas, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan siasatan teknikal itu dijangka dapat dilengkapkan pada 26 Jun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan siasatan yang diketuai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) itu berjalan seperti ditetapkan.

Kajian itu meneliti pelbagai faktor termasuk keutuhan paip, pergerakan tanah dan kemungkinan aktiviti luar yang memberi tekanan kepada sistem bawah tanah.

Polis sebelum ini mengesahkan selesai melengkapkan siasatan berhubung insiden itu termasuk melibatkan unsur kecuaian atau khianat.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Petronas membantu polis mengeluarkan spesimen yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan.

Insiden letupan pada 1 April lalu itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan tetapi tidak terbakar, manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN