Pelajar maut dirempuh lori selepas terjatuh

Pelajar maut dirempuh lori selepas terjatuh

Pelajar maut
SEORANG pelajar Kolej Vokasional Banting maut dalam kemalangan akibat dirempuh sebuah lori dekat Kilometer (KM) 32 Jalan Klang - Banting, di Kuala Langat, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang pelajar Kolej Vokasional Banting, di sini maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum dirempuh sebuah lori dekat Kilometer (KM) 32 Jalan Klang – Banting, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu, remaja yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 115Z terbabit dalam perjalanan dari arah Telok Datok menghala ke Banting.

Menurutnya, semasa dalam perjalan pulang ke rumahnya di Kanchong, di sini penunggang berusia 17 tahun berkenaan hilang kawalan ketika sedang menunggang ditengah-tengah antara lorong kiri dan kanan lalu hilang kawalan dan terjatuh.

“Siasatan mendapati penunggang itu terjatuh di lorong kanan, kemudian datang lori jenis Nissan tanpa muatan sedang bergerak terus di lorong kanan melanggar penunggang motosikal.

“Akibat pelanggaran tersebut, remaja terbabi terperosok di bawah lori sebelum digilis pada bahagian tayar belakang. Penunggang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambah Mohd. Akmalrizal, mangsa dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut sementara pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan hadir ke balai polis untuk memberi keterangan.

“Pemandu lori, saksi bebas dan waris penunggang motosikal hadir memberi keterangan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Baiti Mustafa di talian 014-5006072 atau 03-31872222,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN