Garisan tengah lokasi nahas telah dicat

Garisan tengah lokasi nahas telah dicat

KEADAAN terkini lokasi nahas meragut 15 nyawa pelajar UPSI di JRTB yang sudah dibersihkan ketika tinjauan baru-baru ini. – UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Lebih seminggu nahas meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), lokasi kemalangan bas itu telah dibersihkan dan garisan tengah jalan dicat semula.

Namun, kon penghadang masih dikekalkan sebagai pengganti besi penghadang jalan yang remuk akibat tragedi yang disifatkan terburuk dalam sejarah laluan itu.

Suasana di situ lengang de­ngan tidak sampai 10 kenderaan muncul dalam tempoh seminit.

Penduduk sekitar yang hanya ingin dikenali sebagai Sue, 39, mengakui, peristiwa hitam itu jelas meninggalkan trauma kepada pengguna JRTB serta warga Gerik selaku bandar paling hampir dengan insiden.

“Masih ramai bercakap pasal kemalangan. Malah bangkai bas yang ditempatkan di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik sentiasa mengingatkan kami tentang kemalangan ini,” katanya.

Pemandu lori berusia 43 tahun yang enggan dikenali berkata, tidak ramai yang berani berhenti di situ kerana ia merupakan kawasan kerap munculnya haiwan liar terutama gajah dan harimau.

Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob berkata, Pasukan Bertindak Pantas JRTB perlu ditubuhkan di Pulau Banding yang berdekatan puncak

Titiwangsa supaya bantuan segera dapat diberikan kepada mangsa kemalangan.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu serius dan wajar diberi suntikan bajet penuh untuk selesaikan isu JRTB. Bangunkan JRTB yang lengkap dan moden, bukan lagi bajet rendah.

“JRTB satu-satunya yang masih lama dan usang berban­ding lebuh raya atau jalan utama di tempat lain dalam Semenanjung Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik memerlukan masa sejam untuk sampai ke lokasi kemalangan membabitkan pelajar UPSI iaitu berjarak hampir 60 kilometer (km) dari pekan Gerik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN