Pekerja syarikat kurier multinasional maut masuk bawah lori

Pekerja syarikat kurier multinasional maut masuk bawah lori

Pekerja maut
SEORANG lelaki maut terpelosok di bawah lori akibat motosikal dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori 10 tan, dekat Jalan Labohan, Banting, di Kuala Langat, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang pekerja sebuah syarikat kurier multinasional maut selepas motosikal dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dekat Jalan Labohan, Banting, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.34 tengah hari sebelum menggerakan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting.

“Kemalangan melibatkan lori 10 tan dengan sebuah motosikal Yamaha LC. Terdapat seorang mangsa di bawah lori. Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dijalankan.

“Mangsa seorang lelaki dibawa keluar dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN