MELAKA: Tindakan pantas orang ramai berjaya menyelamatkan sepasang suami isteri yang ketika itu berada di tingkat dua premis bilik sewa yang terbakar di Plaza Mahkota, Banda Hilir di sini, hari ini. Saksi kejadian yang juga pengusaha Restoran Asam Pedas Selera Kampung, Saharudin Mohd. Nor, 56, berkata, dia bersama pekerjanya bergegas ke tempat kejadian sejurus terdengar jeritan menyebut ‘terbakar’ tidak jauh dari kedainya. Menurutnya, sewaktu tiba, dia melihat suami isteri terlibat cuba keluar melalui tingkap di tingkat dua, ketika kebakaran sedang bermula di tingkat satu. “Kebetulan ada jentera yang digunakan dua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya