ALOR GAJAH: Gara-gara tayar sebuah kereta pecah dalam kejadian di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) menghala ke Rembia di sini hari ini, insiden itu mengakibatkan pemandunya maut manakala tiga yang lain termasuk seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan cedera parah. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan I (KUP) Nazri Mat Rais berkata, nahas kira-kira pukul 7 malam tadi mengorbankan pemandu kereta Perodua Bezza,…










