ALOR GAJAH: Seorang pekerja chalet maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar dua ekor kambing dalam kemalangan di Jalan Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi tadi, mangsa, Muhammad Fahmi Aqil Hasim, 19, maut di lokasi kejadian akibat keceradaan parah pada bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari arah Kampung Nelayan menghala ke tempat kerjanya. “Setibanya di lokasi kejadian, mangsa telah melanggar dua ekor kambing dan jatuh terbabas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya