Rangka manusia ditemukan di Sungai Malim

Rangka manusia ditemukan di Sungai Malim

ANGGOTA K9 sedang melakukan siasatan di lokasi rangka manusia ditemukan di tebing Sungai Malim berhampiran Taman Gadong Perdana, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Satu rangka manusia ditemukan orang awam di tebing Sungai Malim berhampiran Taman Gadong Perdana di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, rangka dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian daripadanya tertimbus dengan daun dan tanah itu ditemui pemancing kira-kira pukul 5.10 petang.

“Siasatan telah dijalankan oleh Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, bersama Unit Anjing Pengesan (K9) dan Pakar Patologi Jabatan Forensik Hospital Melaka. Tulang yang ditemui disahkan adalah rangka manusia,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Christopher, polis percaya rangka itu dibawa naik dari sungai oleh jengkaut yang sedang melakukan kerja-kerja pembesaran sungai.

“Hasil siasatan lanjut di lokasi tidak menemukan sebarang identiti si mati dan sebarang unsur jenayah.

“Rangka tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN