Pelajar kolej Mara bergaduh, seorang cedera ringan

Pelajar kolej Mara bergaduh, seorang cedera ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Berlaku pergaduhan di asrama Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Masjid Tanah di sini, Jumaat lalu sehingga menyebabkan seorang pelajar semester satu terpaksa dihantar ke hospital selepas mengalami kecederaan.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman.

Beliau berkata, insiden disedari warden asrama kira-kira pukul 9.10 malam.

“Seorang pelajar semester satu yang mengalami cedera ringan kemudian dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan lanjut sebelum laporan polis dibuat pada pukul 6 petang, Sabtu.

“Pelajar berkenaan dibenarkan keluar hospital pada pukul 5.45 petang semalam dan kes masih dalam siasatan polis,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Rahmad, siasatan dalaman akan dilakukan pengurusan KKTM Masjid Tanah dan tindakan sesuai akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat.

“Pihak kolej akan laksanakan tindakan disiplin sekiranya pelajar terlibat didapati bersalah mencetuskan pergaduhan itu,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, pergaduhan itu tidak melibatkan elemen buli atau unsur gengsterisme. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya