Grab Malaysia bantu waris Allahyarham Sharipuddin Shaari

Nahas pesawat terhempas: Grab Malaysia bantu waris Allahyarham Sharipuddin Shaari

ALLAHYARHAM SHARIPUDDIN SHAARI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Grab Malaysia  akan menyediakan bantuan dari sudut faedah perlindungan insurans selain membantu waris Sharipuddin Shaari dalam urusan lain, yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor.

Syarikat itu dalam satu kenyataan memaklumkan telah menghubungi keluarga Sharipuddin bagi menghulurkan bantuan.

Katanya, bantuan itu termasuk bayaran daripada dana Grab Partner Zakat serta sumbangan Grab Malaysia dan komuniti rakan penghantar. 

“Keluarga Grab mengucapkan takziah kepada keluarga, waris dan rakan-rakan Sharipuddin yang juga seorang rakan penghantar berdedikasi. 

“Sharipuddin adalah individu yang rajin dan kami seluruh komuniti rakan penghantar berdukacita kerana insiden itu berlaku ketika Allahyarham sedang bekerja keras mencari rezeki halal.

“Kami dapat berasakan kesedihan yang dilalui semua ketika ini. Kami memanjatkan doa buat keluarga Allahyarham dan keluarga mangsa lain yang terbabit dalam nahas tragis di Elmina,” kata kenyataan tersebut. 

Dalam pada itu, Grab menggesa orang ramai agar tidak berkongsi maklumat peribadi mangsa dalam media sosial bagi menghormati privasi keluarga dan siasatan yang sedang dijalankan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pemandu Grab yang maut dalam nahas tersebut disyaki berseorangan di dalam kenderaan semasa kejadian berdasarkan kepada pemeriksaan log.

Turut dilaporkan, pemandu Grab yang bernama Sharipuddin tidak mengambil sebarang penumpang sejak pukul 2 petang sebelum berlakunya insiden pesawat terhempas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya