Penduduk dakwa dengar jeritan Steven minta tolong

Penduduk dakwa dengar jeritan Steven minta tolong

UNIT K-9 PDRM dan JBPM bersiap sedia mengesan seorang lelaki yang sesat sewaktu menjalankan aktiviti pendakian di Bukit Beruang, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Para penduduk di sekitar Bukit Beruang di sini mendakwa terdengar jeritan meminta tolong dari arah puncak bukit dipercayai oleh seorang lelaki berusia 45 tahun yang hilang ketika mendaki di situ, Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Bakar Katain berkata, suara didengari penduduk itu bagaimanapun belum cukup membantu bagi mengesan keberadaan mangsa, Steven Tan Kim Huat.

Beliau berkata, jeritan meminta tolong itu dikatakan didengari mereka kira-kira pukul 8.00 malam pada hari mangsa dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya.

Menurutnya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) turut dimaklumkan bahawa mangsa mengalami masalah kesihatan, seterusnya ada memakan ubat sebelum memulakan pendakian.

“Kita tidak pasti jeritan itu adalah mangsa ataupun tidak. Apapun berdasarkan maklumat itu kerahan tenaga difokuskan di kawasan tersebut, namun sehingga kini mangsa masih gagal ditemui.

“Selepas 40 jam operasi SAR dijalankan, kita buntu kerana tidak menemui sebarang petunjuk keberadaan mangsa. Sehubungan itu, anggota SAR telah ditingkatkan daripada 85 kepada 90 orang hari ini dan radius pencarian diperluaskan di setiap cerun dan lereng bukit seluas 37 hektar,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian, hari ini.

STEVEN TAN KIM HUAT

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, kegagalan untuk menghubungi telefon bimbit milik mangsa sejak pukul 8 malam kelmarin, membuatkan ahli keluarga berharap sesuatu yang buruk tidak menimpa Steven.

Tambah Abu Bakar, penggunaan tiga ekor anjing pengesan iaitu satu daripada Unit Anjing Pengesan (K-9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan dua dari Unit K-9 JBPM berpangkalan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur turut gagal menemukan sebarang petunjuk.

Jelasnya, ini adalah kali pertama pencarian orang sesat dan hilang di negeri ini memakan masa hampir dua hari bersamaan 40 jam.

“Cabaran yang dihadapi anggota SAR kerana terdapat terlalu banyak laluan keluar dan masuk buat pendaki di bukit berkenaan. Kita juga akan cuba mendapatkan maklumat dari klinik berhampiran, jika mangsa telah turun mendapatkan rawatan atau berada di rumah rakan-rakan yang mengenali mangsa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.