Polis beri ruang ibu bapa mangsa dua beradik rentung yang masih trauma

Polis beri ruang ibu bapa mangsa dua beradik rentung yang masih trauma

KEADAAN rumah yang rosak dalam kebakaran meragut nyawa dua beradik di rumah mereka di Kampung Simpang Tiga, Gombak. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis belum mengambil keterangan ibu bapa kepada dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Kampung Simpang Tiga, Gombak, dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, buat masa ini polis memberi ruang kepada ibu bapa mangsa yang masih trauma.

“Kita kena faham perlu kasihan ibu bapa tengah dalam keadaan susah macam itu. Atas dasar kemanusiaan bagilah peluang mereka masih trauma. Kita tak duduk tempat dia kita tidak tahu.

“Hospital sedang menguruskan post mortem (bedah siasat) jenazah dan sebagainya sebelum dikebumikan kelak ,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Zainal Mohamed, setakat pukul 10 pagi ini,  jenazah dua beradik masih dalam urusan pihak hospital.

Katanya, beliau akan berjumpa dengan ibu bapa berkenaan namun sedang menunggu kebenaran pihak hospital untuk proses siasatan lanjut.

Kebakaran kira-kira pukul 3.30 pagi yang melibatkan tiga kediaman itu mengorbankan nyawa d Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 7, di rumah mereka. 

Jenazah dua beradik itu ditemukan di bilik utama rumah berkenaan selepas operasi pemadaman selesai.

Utusan Malaysia semalam melaporkan nenek mangsa yang ingin dikenali sebagai Normala, 48, berkata, ketika kejadian, anak perempuan dan menantunya tidak membawa kedua-dua cucunya keluar kerana mereka dipercayai sedang tidur.

“Saya dimaklumkan kejadian kira-kira 4 pagi dan ketika kejadian anak saya dan suaminya pergi keluar makan pukul 3 pagi kerana anak saya yang mengandung mengidam nak makan,” katanya.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dilapor perlu mendapatkan laporan polis sebelum menentukan sama ada ibu bapa mangsa melakukan kecuaian hingga menyebabkan mangsa maut dalam kebakaran di rumah mereka. 

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, dilaporkan berkata, pihaknya sedang menunggu laporan penuh berhubung kebakaran itu untuk sama ada ibu bapa mangsa melakukan kesalahan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) kerana cuai. 

Seksyen 31, Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) menggariskan mengenai penganiayaan, pengabaian, pembuangan dan pendedahan kanak-kanak. 

Seksyen 31(1)(a) menyatakan adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak, menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal atau emosi.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya