Lima buah rumah musnah terbakar di Seremban - Utusan Malaysia

Lima buah rumah musnah terbakar di Seremban

SEBAHAGIAN rumah yang musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Tun Dr. Ismail berdekatan Sekolah Tinggi Chung Hwa, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak lima buah rumah separuh kekal di Jalan Tun Dr. Ismail berdekatan Sekolah Tinggi Chung Hwa dekat sini musnah dalam kejadian kebakaran pagi ini.

Ketua Balai Bomba Seremban, Mohammad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 8.44 pagi dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati terdapat tiga buah rumah di bahagaian hadapan terbakar 100 peratus manakala di bahagian belakang terdapat dua buah rumah yang terbakar 80 peratus.

“Saya difahamkan, kebanyakan penghuni adalah warganegara asing berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun. Pihak bomba mengambil masa lima minit untuk memadamkan kebakaran.

“Kami juga telah menyelamatkan seorang lelaki berbangsa Cina dalam lingkungan umur 73 tahun dan dia mempunyai masalah kaki yang lemah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Tambah beliau, operasi memadamkan kebakaran melibatkan seramai 40 orang anggota bomba dari Balai Bomba Seremban dan Balai Bomba Seremban 2.

“Jumlah keseluruhan kerugian akibat kebakaran masih belum diketahui dan setakat ini, tiada individu yang dilaporkan cedera dalam kejadian,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya