[VIDEO] Pemandu bas sekolah diminta lebih peka - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pemandu bas sekolah diminta lebih peka

TANGKAP layar dari rakaman CCTV ketika murid sekolah dilanggar van dinaikinya di Sepang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemandu bas sekolah digesa agar lebih berhati-hati ketika memandu termasuklah memastikan keselamatan pelajar sebelum meneruskan pemanduan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Gesaan demikian selepas kejadian berlaku seperti dalam video yang tular baru-baru ini membabitkan seorang kanak-kanak dilanggar sebuah van di hadapan taska.

Menurut Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL), Mohd.Haron Mohd.Sidik, beliau menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai berkenaan kes seorang kanak-kanak dilanggar van sekolah yang viral semalam.

“Jika ditanya kepada PBSSPKL siapa bersalah? Pemilik taska salah kerana tiada staf yang menyambut murid tersebut seperti diperuntukkan oleh kerajaan.

“Pemilik van juga bersalah, menggunakan kenderaan tidak berdaftar.Boleh disabitkan beberapa kesalahan lain jika anak tersebut meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Rakaman CCTV kanak-kanak tujuh tahun dilanggar van sekolah di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, semalam.

Sebelum ini Utusan Malaysia  melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia akibat digilis sebuah van di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.10 tengah hari selepas pemandu wanita berusia 31 tahun itu selesai menurunkan penumpang.

Mohd.Haron berkata, ibubapa juga salah kerana berlanggan dengan kenderaan tidak berdaftar tersebut.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya terpanggil untuk membuat kenyataan kerana bimbang persepsi orang ramai terhadap pengusaha bas sekolah berdaftar.

“Saya ingin tegaskan ini bukan soal haram atau halal sesuatu kenderaan tersebut tetapi kita perlu lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling kita.

“Ini bukan soal jenis kenderaan yang digunakan kerana malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan ibu bapa menggunakan perkhidmatan kenderaan berdaftar yang memerlukan pemandu memiliki lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) dan menghadiri kursus wajib iCop Safety dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Kenderaan juga katanya memerlukan pemeriksaan berkala 6 bulan sekali. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya