Empat buah rumah dikenakan Temco di Kampung Nerambai - Utusan Malaysia

Empat buah rumah dikenakan Temco di Kampung Nerambai

HASAN Yusoff menyampaikan taklimat kepada anggota Rela yang bertugas ketika pelaksanaan Temco di empat buah kediaman di Kampung Nerambai, Lubuk China, dekat Rembau bermula pukul 4 petang tadi. - FOTO/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Empat buah rumah di Kampung Nerambai, Lubuk China dekat sini, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (Temco) bermula pukul 4 petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Rembau, Mohamad Najib Mustafa berkata, langkah perlaksanaan berkenaan ke atas 10 individu dalam pemantauan (PUS) dari empat buah rumah adalah sehingga keputusan ujian swab Covid-19 kedua yang dijangka diketahui Isnin ini.

Menurutnya, penghuni dari empat buah kediaman berkenaan merupakan kontak rapat dengan lapan sekeluarga yang positif Covid-19 baru-baru ini.

“Sepanjang perlaksanaan Temco berkenaan, tidak dibenarkan kesemua PUS keluar dari lokasi Temco dan semua keperluan seperti makanan akan disediakan JPBD melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Sekiranya keputusan kedua swab Covid-19 negatif, Temco di kawasan ini akan berakhir dan sekiranya positif, individu berkenaan akan dijemput oleh kakitangan kesihatan untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan lapan sekeluarga di Kampung Nerambai disahkan positif Covid-19 dan difahamkan jangkitan adalah daripada seorang ahli keluarga wanita yang baharu pulang dari Labuan dan terdapat kenduri dianjurkan awal bulan ini.

Sementara itu, tinjauan Mingguan Malaysia hari di lokasi mendapati kawasan yang terlibat telah dikawal oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sambil dipantau anggota polis bagi memastikan tiada pergerakan keluar masuk di kawasan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya